Laman Utama

“Jangan Asyik Nyanyi, Suruh Ayah Letak Jawatan” - Tak Puas Hati Dengan PM, Najwa Mahiaddin Jadi Mangsa Kecaman

Mya Amri
02/08/2021
09:46 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Asyik Nyanyi, Suruh Ayah Letak Jawatan” - Tak Puas Hati Dengan PM, Najwa Mahiaddin Jadi Mangsa Kecaman
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi Najwa Mahiaddin menjadi mangsa kecaman netizen hanya kerana dia merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Datuk Mahiaddin Mohd. Yasin.
Walaupun sudah lama tidak mengemas kini sebarang perkembangan mengenai diri atau pun kerjaya seninya, namun ruangan komen hantaran lama Najwa diserang netizen.
Tidak hanya kata-kata negatif, ruangan itu juga dipenuhi dengan komen-komen berbaur makian yang keterlaluan.
Najwa kemudiannya telah menutup ruangan komen pada foto terakhir yang dimuat naik pada Januari lalu.
Tetap tidak puas hati, netizen kemudiannya menyerang ruangan komen di posting lama yang tidak ditutup ruangan komennya.
Najwa bagaimanapun tidak memberikan sebarang respon mengenai perkara tersebut.
Netizen mula menyerang Najwa sejak beberapa minggu yang lalu kerana tidak berpuas hati dengan pimpinan bapanya saat pandemik melanda negara.
Malah tidak kurang juga ada yang meminta bapanya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024