Laman Utama

Jamal Abdillah Timang Cahaya Mata Di Usia 63 Tahun - "Sambutan Aidilfitri Tahun Ini Lebih Meriah"

Gempak
14/04/2023
11:21 MYT
Sponsor Banner
Jamal Abdillah Timang Cahaya Mata Di Usia 63 Tahun - "Sambutan Aidilfitri Tahun Ini Lebih Meriah"
Raja pop legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, selamat menimang cahaya mata perempuan di sebuah lusat perubatan pada jam 2 petang tadi.
Jamal Abdillah menzahirkan kesyukuran apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, selamat melahirkan anak mereka dengan berat 2.94 kilogram menerusi pembedahan.
"Alhamdulillah, isteri selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat dan cukup sifatnya pada bulan Ramadan yang mulia ini.
"Isteri dan bayi perempuan kami juga berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Jamal, kehadiran bayi keempat yang dinamakan Rahil Laura Salsabila Yamani itu sudah melengkapkan kebahagiaan rumah tangganya bersama Zai Izzati dengan memiliki dua pasang anak lelaki dan perempuan.
"Sambutan Aidilfitri kami pada tahun ini juga lebih meriah dengan kehadiran anggota baharu dalam keluarga kami.
"Dengan kelahiran anak keempat ini, sudah lengkap keluarga kami dengan empat pasang anak lelaki dan perempuan. Doktor juga menasihatkan isteri supaya tidak mengandung lagi kerana semua empat anak kami dilahirkan secara pembedahan sebelum ini," katanya.
Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup itu, mereka sudah memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024