Berita

Jalin Kerjasama, Astro & Maxis Sedia Pakej Jalur Lebar Dengan Kandungan

Kamaruddin Razal
20/08/2019
13:27 MYT
Sponsor Banner
Jalin Kerjasama, Astro & Maxis Sedia Pakej Jalur Lebar Dengan Kandungan
Maxis Berhad dan Astro Malaysia Holdings Berhad menjalinkan kerjasama dalam perkongsian pemasaran strategik bagi menawarkan jalur lebar bersama dengan kandungan.
Menerusi kerjasama terbabit yang membawa banyak faedah kepada pelanggan, Astro akan melancarkan pakej jalur lebar terbaharu.
Pakej terbabit terdiri daripada jalur lebar 30 megabit sesaat (Mbps) dan 100 Mbps bersama produk kandungannya untuk pelanggan bersama rangkaian produk yang penuh dengan kelajuan jalur lebar lebih tinggi pada masa yang sesuai kelak.
Perkongsian strategik berkenaan disifatkan tepat pada masanya kerana ia berlaku ketika permintaan untuk kesalinghubungan konvergen semakin bertambah dan penawaran pelbagai cabang yang menggabungkan kesalinghubungan, kandungan serta perkhidmatan.
Kerjasama ini dijangka bakal mencetuskan aliran hasil baharu dan membuka pasaran baharu dengan memaksimumkan bakat serta sumber di kedua-dua syarikat, selain memacu skala dan kecekapan.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan, berkata pelanggan akan melihat nilai dan faedah yang signifikan dari penawaran itu yang membawa kandungan menarik dengan sambungan fiber berkelajuan tinggi.
“Perkongsian ini juga bakal memberikan pelanggan pengalaman lebih baik terutama bagi tontonan ‘On Demand’, yang membolehkan mereka menikmati lebih daripada 50,000 rancangan melalui kotak atas set dan peranti mudah alih,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut, berkata pihaknya yakin dengan permintaan untuk kesalinghubungan yang hebat di sebalik kempen Fibrenation, berikutan semakin ramai rakyat Malaysia melihat diri mereka sebagai pengguna asli digital.
“Kami kini menyaksikan lebih permintaan untuk penawaran yang berorientasikan keluarga dan pelbagai perkhidmatan digital lebih luas.
“Ini adalah era baharu kesalinghubungan – Konvergen. Perkongsian baharu kami dengan Astro akan memberi pelanggan satu lagi sebab untuk memilih Maxis Fiber dan mempercepatkan strategi konvergen kami dengan menawarkan fiber kepada lebih banyak kediaman di Malaysia," katanya.
Sumber: BH Online
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024