Berita

Jalani Pembedahan, Keadaan JuPe Semakin Kronik

Rozaimi Zubaidi
09/06/2017
08:05 MYT
Sponsor Banner
Jalani Pembedahan, Keadaan JuPe Semakin Kronik
Kondisi pelakon Julia Perez yang menghidap barah pangkal rahim tahap empat semakin kronik selepas menjalani pembedahan pada Khamis (semalam).
Menurut adiknya, Nia Anggia tahap kesihatan Julia semakin tidak menentu dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan kakaknya.
"Sekarang ini keadaannya masih tidak menentu dan dia hanya tidur serta terbaring di atas katil sahaja selepas menjalani pembedahan.
"Dia juga belum menunjukkan tanda-tanda positif selepas menerima rawatan dan doktor menyarankan agar dia untuk banyak berehat.
"Saya yakin pasti ada keajaiban buat dia untuk pulih dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatannya pulih seperti biasa," menerusi laporan Kapan Lagi.
Nia memberitahu kakaknya kini masih memerlukan darah jenis A kerana bilangan darah di hospital berkenaan kurang mencukupi.
"Julia masih memerlukan darah jenis A daripada orang ramai dan saya berharap agar mereka yang mempunyai darah jenis itu dapat membantunya.
Sumber: Kapan Lagi
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024