Laman Utama

Jalaluddin Hassan ‘Buka Mulut’ Isu Rumah Tangga Musa Hassan - “Saya Tahu Apa Yang Abang Saya Lalui...”

Asyikin Mayudin
17/03/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Jalaluddin Hassan ‘Buka Mulut’ Isu Rumah Tangga Musa Hassan - “Saya Tahu Apa Yang Abang Saya Lalui...”
“Saya kenal siapa abang saya.” Demikian kata pelakon Datuk Jalaluddin apabila ditanya mengenai kes melibatkan abangnya iaitu Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang tular.
Enggan memberi komen lebih mendalam, Jalaluddin bagaimanapun berkata dia lebih mengenali abangnya dan mengetahui segala perbuatan kakak iparnya itu.
“Sebenarnya ini masalah keluarga, apa yang saya boleh katakan saya tak boleh nak komen banyak-banyak. Tapi saya tahu siapa abang saya dan saya tahu siapa perempuan itu.
“Saya tahu apa yang abang saya lalui selama ini. Kita beradik pernah berbincang, sama ada simpan atau buang. Saya tak boleh cakap lebih, tapi kita tahu apa yang dia lakukan kepada abang kita,” katanya kepada Gempak.
Jalaluddin berkongsi perkara itu ketika ditemui tayangan perdana Astro Original Liar yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.
Sementara itu, Jalaluddin turut memberitahu Musa berasa gembira selepas perkara itu tersebar malah abangnya juga yang memujuk dia dan adik-beradik lain untuk sentiasa dalam keadaan baik.
“Bila saya jumpa dia… dia gembira bila benda ini terbongkar. Dia pun dah failkan perceraian dan perempuan itu masih kacau dia. Tapi abang saya minta perempuan itu berhubung dengan peguam.
“Sebenarnya, dia yang pujuk saya… yela, bila orang bercakap fasal dia, orang akan sebut nama saya juga. Tapi dia minta saya untuk sentiasa menjadi kuat.
“Dia pun menghubungi adik-beradik untuk tanyakan keadaan mereka. Bila abang saya buat kenyataan, peguam dia sudah bersiap sedia untuk pantau segala komen netizen,” ujarnya.
Sebelum itu, polis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan Musa dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memberitahu, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024