Laman Utama

Isu Video Tular, Ismail Izzani Cabut Lari Elak Berdepan Media

Mya Amri
26/11/2022
08:21 MYT
Sponsor Banner
Isu Video Tular, Ismail Izzani Cabut Lari Elak Berdepan Media
Penyanyi, Ismail Izzani, 22, mengelak bertemu media susulan kontroversi video tular memaparkan seorang lelaki didakwa miripnya ghairah berciuman dengan seorang wanita seksi di kelab malam baru-baru ini.
Ismail yang hadir dan membuat persembahan bersama Naim Daniel menerusi lagu Habis Sini di pentas Muzik-Muzik 37 Separuh Akhir (SFMM37) bertempat di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam enggan dirinya ditemu bual media.
Ismail juga dikhabarkan pulang selepas selesai membuat persembahan pertama di SFMM37 berkenaan.
Terdahulu, video kontroversi yang berdurasi tujuh saat itu menyaksikan lelaki bermirip Ismail, 22, dipercayai dalam keadaan mabuk merangkul gadis seksi sambil mengucup pada bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah.
Lelaki terbabit juga sempat memandang ke arah kamera merakamkan wajahnya dipercayai dalam keadaan 'lalok'.
Susulan penularan video itu, akaun Instagram anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam itu diserang netizen apabila rata-rata mengecam perbuatan tidak bermoral itu.
Namun, ini bukanlah kali pertama penyanyi berkenaan terbabit dalam kontroversi berpelukan di kelab malam.
Empat tahun lalu, Ismail pernah dikecam netizen gara-gara aksi mesranya dengan seorang pelakon sensasi.
Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa Ismail mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis akibat terlanjur, namun ibunya menafikan berita itu dan menyifatkan dakwaan itu hanyalah gosip liar.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024