Hiburan
Isu Rendang Ayam Tak ‘Crispy’, Chef Wan Minta Juri Masterchef UK Berhenti Jadi Sarkastik!
Chef terkenal Datuk Chef Wan sekali lagi berang dengan tindakan juri program masakan MasterChef UK, John Torode, yang bertindak memberikan komen sarkastik terhadap isu rendang ayam Zaleha.
Isu yang berbangkit daripada komen asal John dan juri sampingan Gregg Wallace disifatkan Chef Wan tindakan tidak wajar.
John menerusi Twitternya membalas komen seorang pengguna malam tadi dengan kata-kata sarkastik dan melabelkan masakan rendang berasal dari Indonesia.
"Mungkin Rendang dari Indonesia! Saya gemarkannya! Seronoknya melihat anda semua semakin teruja. Namaste," tulisnya.
Chef Wan dalam kenyataannya di Instagram menganggap kedua-dua juri itu tidak sepatutnya memanjangkan hal berkenaan.A post shared by chef wan (@_chefwan58) on
"Sejujurnya saya sudah tidak boleh bertahan lagi dengan perangai sombong sebagai seorang cef.
"Sebagai seorang cef yang sudah melawat ke negara kami dan melihat bagaimana Rendang disediakan, saya terkejut dia masih belum menerima pelajaran semudah ini.
"Ketepikan rasa sombong dan sikap tidak ambil peduli itu dan move on! Tak perlu jadi sarkastik tentang asal-usul hidangan itu yang menunjukkan kebodohan kamu," tulis Chef Wan.
Zaleha Kadir Olpin merupakan peserta MasterChef UK yang tersingkir minggu ini yang telah menerima komen tidak masuk akal daripada John dan Gregg.
Sebelum tersingkir, Zaleha berdepan cabaran memasak hidangan yang dianggap istimewa dalam hidupnya.
Wanita itu memilih juadah nasi lemak dimasak bersama rendang ayam kerana ia makanan kegemarannya sejak kecil.
Bagaimanapun, Torode dan Wallace tidak berpuas hati terhadap hidangan disediakan.
Ternyata ulasan daripada Wallace lebih menjengkelkan kerana dia berpendapat “kulit ayam tidak rangup” selain berkata kuah berlebihan pada rendang menjadikanya sukar untuk dimakan.
Torode pula berkata, meletakkan ayam rendang di sisi nasi lemak adalah satu kesilapan besar.
Juri kemudian mengambil keputusan untuk menyingkirkan Zaleha atas alasan yang dianggap umum sebagai tidak munasabah itu.
Penyingkiran Zaleha menerusi rancangan yang disiarkan di saluran BBC pada 25 Mac lalu mengundang rasa terkilan terutama penonton Malaysia.A post shared by chef wan (@_chefwan58) on
Zaleha, 48, berasal dari Kuantan, Pahang dan kini menetap di Bristol, UK bersama suami dan dua anak perempuannya.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @chefwan1
Must-Watch Video