Laman Utama

Isu Isteri Tak Tutup Aurat Tapi Solat, Ini Jawapan Ustaz Ahmad Dasuki - "Suaminya Tetap Dayus Dan..."

Syafiqah Jalal
12/06/2023
00:38 MYT
Sponsor Banner
Isu Isteri Tak Tutup Aurat Tapi Solat, Ini Jawapan Ustaz Ahmad Dasuki - "Suaminya Tetap Dayus Dan..."
Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki tampil menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu hukum suami membiarkan isteri yang menutup aurat tetapi tidak solat dengan isteri yang tidak menutup aurat tetapi solat.
Kata Ustaz Ahmad Dasuki kedua-dua kes atau situasi itu buruk di sisi Allah.
Malah kata penceramah popular itu suaminya tetap berdosa dan dayus.
"Isu isteri tutup aurat tetapi tidak solat dengan isteri yang tidak menutup aurat tetapi solat. Kedua-duanta membuat dosa besar, dan buruk di sisi Allah.
"Suaminya itu tetap berdosa dan dayus," jelasnya.
Ustaz berkenaan berkongsi ulasan berkenaan di akaun rasmi Facebook miliknya.
Justeru Ustaz Ahmad Dasuki menyarankan agar lelaki atau suami memilih isteri yang menutup aurat serta menjalani ibadah wajib kepada Allah.
"Yang antara keduanya itu, jadilah dan pilihlah isteri yang solat dan menutup aurat!!"tegasnya.
Status itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata lega dengan penjelasan berkenaan.
"Alhamdulilah pencerahan yang cukup terbaik," komen seorang pengguna laman sosial berkenaan.
"Besarnya tanggungjawab seorang suami," kata seorang netizen.
Terdahulu, kecoh apabila seorang pelawak seolah-olah mempertahankan pilihannya yang lebih menerima sikap atau situasi isteri yang lebih mengutamakan solat daripada segalanya berbanding hal aurat yang sering dipersoalkan netizen.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024