Berita

Isu Dadah Masih Berlarutan, Soffi Jikan Diperintah Bela Diri

Asraf Aided
13/05/2019
08:45 MYT
Sponsor Banner
Isu Dadah Masih Berlarutan, Soffi Jikan Diperintah Bela Diri
Pelakon Soffi Jikan diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya ekoran pertuduhan terlibat dengan penggunaan ganja tahun lalu.
Menurut laporan Kosmo, keputusan itu dibuat oleh Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir selepas pihak pendakwaan berjaya membangkitkan kes prima facie di akhir pendakwaan.
Bagi tarikh prosiding pembelaan, mahkamah telah menetapkan ia akan berlangsung pada 28 Jun ini.
Terdahulu, Soffi mengaku tidak bersalah memasukkan dadah jenis THC (11-nor delta-9 tetra hydrocannabinol-9) ke dalam tubuhnya.
Soffi didakwa melakukan kesalahan terbabit di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada 6 Februari tahun lalu.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1957 dan sekiranya tersabit kesalahan, Pelakon KL Gagster ini boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, selain itu, dia turut diwajibkan untuk diawasi pihak polis selama dua tahun.
Sumber : www.kosmo.com.my
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024