Hiburan

Isu Berpakaian Seperti Wanita, PU Syed Tegur Azwan Ali - “Kamu Pengacara Yang Hebat Dahulu…”

Umirah Halim
05/11/2024
06:40 MYT
Sponsor Banner
Isu Berpakaian Seperti Wanita, PU Syed Tegur Azwan Ali - “Kamu Pengacara Yang Hebat Dahulu…”

Tindakan personaliti TV Azwan Ali yang mengenakan pakaian seperti wanita dalam satu majlis tertutup baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Susulan itu, pendakwah bebas PU Syed tampil memberi teguran secara terbuka kepada Azwan Ali.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd. Bakri Syed Ishak menyifatkan pemakaian Azwan seperti keterlaluan.

Hukum lelaki berpakaian seakan wanita

Malah, PU Syed turut menjelaskan mengenai hukum dan larangan lelaki berpakaian seperti wanita.

“Saya nak tegur, kamu adalah orang yang dikenali seluruh masyarakat sebab kamu adalah seorang artis dan pengacara yang hebat suatu masa dahulu.

“Tapi kenapa sejauh ini perginya? Kenapa perlu berpakaian seperti seorang wanita?

“Rasulullah SAW melaknat lelaki menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.

"Video ini viral dan memalukan kita sebagai umat Islam, bahkan kita perlu menentang perbuatan yang menyerupai berlainan jantina. Ia adalah perbuatan yang haram,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpakaian Seperti Wanita, Diva AA Tak Kisah Dikecam - “Saya Langsung Tak Berkudis”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz

ARTIKEL BERKAITAN: Teguran PU Riz Untuk Individu Kata ‘Lebih Selesa Tak Bertudung, Inilah Diri Saya Sebenar’ - “Dalam Agama Ada Bahagian Yang Dipanggil Malu Dengan Dosa”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di Marahi Jawatankuasa Masjid Ketika Berehat Tunggu Waktu Solat

Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 42 tahun itu juga menasihati Azwan agar kembali berubah menjadi insan yang lebih baik.

“Jadi mengapa mahu lakukan seperti itu? Tak ada ke kaedah lain untuk hidup di atas muka bumi Allah? Sedangkan kita dikenali, bukankah ia salah satu perkara yang mencemar agama sendiri?

“Walaupun saya pasti, Azwan Ali mempunyai pendidikan yang tinggi tapi kenapa ke arah ini perginya?

“Jadi Azwan Ali, janganlah buat begitu. Buatlah perkara lain yang lebih bermanfaat, berubah dan jadi lelaki semula, yang normal serta mempunyai kehidupan yang lebih baik,” tambahnya lagi.

Pada akhir video tersebut, PU Syed menegaskan supaya Azwan meninggalkan perbuatan seperti itu dengan mendekatkan diri ke jalan Allah.

“Bukankah melawan fitrah, ianya sangat memalukan? Terutama pada usia yang sepatutnya mendekatkan diri kepada Allah tetapi kita mendekatkan diri ke arah perkara lain.

“Saya tegur bukan sekadar untuk dia tetapi kepada orang-orang yang di luar sana yang terikut dengan cara hidup ini supaya tidak membuat perkara tersebut. Ianya dilarang,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular video yang memaparkan Azwan sedang bernyanyi dan berpakaian wanita dalam sebuah majlis sambutan hari jadi.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar