Gaya Hidup

“Inovasi Kepala Abah!” – Inovasi Mantap Satay Cicah Coklat Dikritik Netizen

Azwa Rahman
10/04/2019
07:11 MYT
Sponsor Banner
“Inovasi Kepala Abah!” – Inovasi Mantap Satay Cicah Coklat Dikritik Netizen
Selepas cheesy char keuw tiaw menjadi tular dan dikritik ramai netizen, kini ada satu lagi makanan kegemaran rakyat Malaysia, satay dan nasi impit dikatakan mendapat ‘pembaharuan’.
Menerusi akaun Twitter @jomkitamy, mereka berkongsi dua video berdurasi 30 saat dan 15 saat menunjukkan satay dan nasi impit dicurahkan kuah coklat. Jika sebelum ini coklat hanya disalut pada buah-buahan seperti strawberi dan anggur, mereka yang mencuba satay dicicah coklat ini berkata, ia sedap!
Mendapat hampir 20,000 tontonan di Twitter, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan paduan dua rasa yang tidak dapat diterima akal ini.
Amacam, anda berani nak cuba?
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024