Berita
“Ini Kali Ketiga Raphael Diserang Sawan Apabila…” Nourul Wahab
Penyanyi Nourul Wahab menceritakan detik cemas apabila anak bongsunya, Raphael Deep diserang sawan ketika mereka berada di sebuah pusat beli-belah di ibu negara beberapa hari lalu.
Nourul menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu ia berlaku dengan sangat pantas ketika mereka belum sempat tiba di rumah.
"Kalau demam dan suhu badan naik tinggi, memang akan kena sawan. Ini kali ketiga walaupun dimonitor (pantau) sebaiknya cuma semalam tak sempat sampai rumah,” tulisnya.
Menurut penyanyi lagu Keliru itu, dia bernasib baik kerana bertindak pantas dan melakukan apa yang sepatutnya seperti yang diajar oleh doktor.
"Baru sahaja nak ke kereta di ruang legar Pavillion KL, Raphael kena sawan.
“Dari bahu saya, terus ke lantai sebab bila anak kena sawan, kena terbalikkan badan dan muka ke sisi supaya mereka boleh bernafas. Ini yang diajar doktor," tulisnya lagi.
Bagaimanapun, Nourul bersyukur kerana anaknya itu hanya ditahan satu malam dan tiadak mengalami sebarang situasi yang serius.
"Ini sudah menjadi biasa kepada kami. Pengajarannya semalam, saya harus lebih pantas bertindak seberapa segera apabila Raphael kena demam.
"Alhamdulillah Raphael sudah baik selepas satu malam di hospital dan hanya terkena demam viral.
"Sekarang sudah boleh pulang ke rumah selepas ujian darahnya tidak menunjukkan apa-apa membahayakan," katanya.
Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp yang merupakan seorang lelaki warganegara Perancis pada 6 Jun 2012.
Mereka turut dikurniakan seorang lagi anak Zachary Depp, 5 tahun.
Foto: IG Nourul Depp Teks oleh: Syafiqah JalalA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Must-Watch Video