Iklan

Inginkan Kulit Lebih Lembap? Tidak Kering? NIVEA Pearl White Caring Whip Ada Cara Penyelesaian Paling Tepat!

Zulaikha Yusof
05/04/2019
06:46 MYT
Sponsor Banner
Inginkan Kulit Lebih Lembap? Tidak Kering? NIVEA Pearl White Caring Whip Ada Cara Penyelesaian Paling Tepat!
Wajah merupakan aset penting untuk setiap individu. Perkara pertama yang sering kita lakukan apabila bertemu dengan seseorang adalah dengan memandang wajahnya.
Tips penting untuk memastikan kulit bebas daripada jerawat semestinya dengan melakukan rutin pembersihan wajah dengan betul.
Setelah mengetahui jenis kulit anda dan jenis produk yang hendak digunakan, sangat penting bagi anda untuk mendisiplinkan diri untuk mencuci muka setiap hari.
Kebiasaanya muka perlu dicuci dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Adalah lebih baik untuk mencuci muka dengan air suam terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan air sejuk.
Selepas seharian melakukan aktiviti di luar, wajah anda sudah semestinya terdedah kepada persekitaran terbuka. Oleh itu, pemilihan pencuci muka juga sangat penting.
Kini, kebanyakan pengguna lebih memilih pembersih muka Whip Foam yang mempunyai buih ultra halus untuk membersih dari dalam. Baru-baru ini NIVEA telah memperkenalkan produk terbarunya iaitu Pearl White Whip Foam. Sesuai bagi anda yang mencari pembersih muka yang tidak mengeringkan kulit.
Untuk edisi kali ini, NIVEA menawarkan dua jenis pilihan iaitu Pearl White Whip Foam dan White Oil Clear Whip Foam.
Pearl White Whip Foam
Membersihkan muka dari dalam dengan buih ultra halus - mudah secara menyeluruh sehingga liang-liang roma. Ia diperkayakan dengan serum mutiara dan likuoris yang dapat mengembalikan nutrien semasa pembersihan. NIVEA Pearl White Whip Foam juga mempunyai tiga kali pelembap yang dapat melembapkan kulit anda selepas pembersihan. Kulit berseri, lembap dan segar dengan satu cucian sahaja!
White Oil Clear Whip Foam.
NIVEA White Oil Clear Whip Foam mengandungi Likuoris, Carnitine dan 3X Pelembap untuk mencerah, mengurangkan minyak kulit dan melembapkan kulit anda! Ia dapat membersih kulit dari dengan buih ultra halus tanpa mengeringkan kulit, memang sesuai untuk kulit yang berminyak dan jerawat.
Menggunakan NIVEA Pearl White Whip Foam merupakan pilihan yang tepat kerana ia dapat mencerah dan menjaga kelembapan kulit muka sepanjang masa. Kulit kelihatan berseri dengan kehadiran serum mutiara.
NIVEA Pearl White Caring Whip menjadi pilihan pembersih muka Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie. Walaupun seharian menjalani penggambaran The House Musim Kelima, wajah mereka masih kelihatan cantik, lembap dan tidak kering di hadapan kamera.
Di samping itu, NIVEA Pearl White Caring Whip menambahkan lagi keyakinan dalam diri setiap tiga gadis ini untuk berhadapan dengan ramai orang walaupun dalam keadaan sibuk. Ia juga menyuntik semangat kepada mereka untuk menghadapi setiap cabaran yang telah disediakan.
Di sini kami kongsikan empat langkah untuk mencuci muka menggunakan NIVEA Pearl White Caring Whip dengan betul:
1. Letakkan NIVEA Pearl White Caring Whip di atas tapak tangan.
2. Campur sedikit air untuk menghasilkan buih ultra halus.
3. Kemudian, sapu perlahan-lahan di kawasan muka dan leher. Namun harus diingat, elakkan daripada terkena kawasan mata!
4. Akhir sekali, bilas dengan air suam.
Anda boleh mendapatkan pembersih muka NIVEA Pearl White Caring Whip di pasaran sekarang untuk merasai kelembapan kulit sepanjang hari dan membangkitkan keserian diri anda.
The House Musim Kelima telah diharumkan dengan kehadiran NIVEA sebagai penaja utama.
Jangan lupa saksikan program The House Musim Kelima yang ditayangkan secara eksklusif menerusi portal digital Gempak iaitu www.thehouse.com.my pada setiap hari Selasa bermula dari 19 Mac 2019.
The House turut disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam bermula 27 Mac 2019.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024