Berita

“Ingatkan Malam Ni Nak Keluar Anak Ibu, Tapi…”- 28 Jam Dalam Labor Room, Ezzaty Abdullah Imbas Kenangan Bersalin 2 Tahun Lalu

Syafiqah Jalal
06/12/2019
12:39 MYT
Sponsor Banner
“Ingatkan Malam Ni Nak Keluar Anak Ibu, Tapi…”- 28 Jam Dalam Labor Room, Ezzaty Abdullah Imbas Kenangan Bersalin 2 Tahun Lalu
Pelakon Ezzaty Abdullah mengimbas kenangan melahirkan puteri sulungnya Harum Dalia dua tahun lalu.
Menurut Ezzaty, dia terpaksa menantikan kelahiran anaknya itu selama 28 jam di dewan bersalin.
“Dua tahun lepas, pukul 6 petang ibu dah masuk labor room. Ingatkan malam ni nak keluar la anak ibu.Tapi bukaan baru 2 cm.
“Bosan, nervous, tak sabar. Semua ada sampai tak rasa sakit contraction macam orang selalu cerita.
“Ingatkan anak ibu lahir 5 Disember 2017, tapi Lagi 24 jam (10.30pm) baru anak ibu selamat dilahirkan secara normal with induce.
“28 jam ibu dalam labor room tunggu anak ibu,” tulisnya.
Isteri kepada pelakon Azwan Kombos situ berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya beberapa hari sebelum bersalin.
Anak sulungnya telah dilahirkan pada 6 Disember 2017.
Dalam entri terbaharu Ezatty turut berkongsi fotonya ketika di hospital bersama suami menanti kelahirkan anaknya itu.
Pasangan itu bernikah pada 16 Julai 2016 dan hanya dikurniakan seorang cahaya mata.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar