Laman Utama

"Ingat Seksi Ker?" - Aisar Khaled Kena Kecam Lagi! Kali Ni Pakai Baju Ketat Ketika Suntik Vaksin

Amri Hassan
21/06/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
"Ingat Seksi Ker?" - Aisar Khaled Kena Kecam Lagi! Kali Ni Pakai Baju Ketat Ketika Suntik Vaksin
Personaliti media sosial, Aisar Khaled sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila memakai baju yang ketat ketika proses suntikan vaksin hujung minggu lalu.
Berkongsi keadaan ketika proses suntikan vaksin itu, Aisar turut ditegur petugas di pusat vaksinasi mengenai pemakaiannya.
Selain menyukarkan petugas vaksinasi, Aisar terpaksa membuka sebahagian butang atas baju kemeja coklat yang dipakainya dalam keadaan tersipu-sipu malu.
"Boleh pula pakai baju ketat nak cucuk vaksin. Badan dah besar...
"Lepas ni dah boleh kot shopping baju XXXXL senang sikit nak cucuk," tulisnya di Instagram.
Situasi terbabit sekali gus mencetuskan rasa geram dalam kalangan netizen yang turut mengecam tindakannya yang tidak ambil peduli tentang tatacara berpakaian seperti yang kerap disarankan orang ramai.
"Yang kau pakai baju ketat kenapa?
"Acah-acah je pakai baju ketat.
"Tulah kau, Jadi macam aku. Buka baju terus senang doktor nak cucuk.
"Macam itulah perempuan kena cucuk kat sekolah.
"Orang dah cakap awal-awal suruh pakai pakaian yang senang untuk orang cucuk vaksin. Ignorance je lebih. Takkan tak alert kot. Kata socmed influencer, apa lah. Pendapat aku jelah ya," tulis pengguna di Instagramnya.
Selain itu, ada yang turut mempertikaikan petugas berkenaan yang tidak memakai sarung tangan ketika melakukan proses suntikan vaksin.
"Bukan haram ke perumpuan pegang tangan laki yang bukan mahram.
"Kenapa nurse-nurse ni tak pakai sarung tangan eh ? Memang boleh ya?" tegur beberapa pengguna lain.
Aisar turut berkongsi video dirinya melakukan prank pengsan selepas disuntik vaksin kepada beberapa rakan serumahnya di YouTube.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024