Bollywood

Ingat Lagi Pada Anjali Kuch-Kuch Hota Hai? Sekarang Dah Berusia 31 Tahun Dan Sangat Cantik!

Fiza Kamarudin
07/08/2019
02:46 MYT
Sponsor Banner
Ingat Lagi Pada Anjali Kuch-Kuch Hota Hai? Sekarang Dah Berusia 31 Tahun Dan Sangat Cantik!
Ingat lagi tak dengna pelakon kanak-kanak yang memeganb watak sebagai Anjali dalam filem Bollywood pecah panggung Kuch-Kuch Hota Hai?
Walaupun filem tersebut diterbitkan pada tahun 1998, namun sehingga kini kalau diulangsiar, masih ramai yang duduk depan kaca televiyen.
Tambah-tambah lagi barisan pelakonnya pula pun bukan calang-calang! Shah Rukh Khan, Rani Mukherjee, Kajol dan Salman Khan. Turut menarik perhatian watak Anjali yang dipegang Sana Saeed.
Sana Saeed kini sudah pun berusia 31 tahun dan semakin cantik serta seksi. Malah, masih aktif dalam bidang lakonan serta popular juga sebagai pengacara di India.
Wanita cantik ini juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perdagangan dan kini menetap di Mumbai, India.
Selain filem Kuch-Kuch Hota Hai, Sania pernah berlakon dalam filem Badal dan Har Dil Jo Pyar Karega dan pernah membawa watak dewasa dalam filem komedi romantic ‘School of The Year’ pada tahun 2012.
Memetik laporan Times of India, Sana memberitahu, bapanya tidak pernah menyokong pembabitannya dalam dunia seni.
Namun, ibunya pula sentiasa berada disisi menyaksikan jatuh bangunnya sebagai anak seni.
Selain berlakon dan mengacara, Sania juga pernah menerima tawaran dan menandatangani kontrak sebagai model peragaan dengan Benchmark Models.
Sumber: Majalah Nona Foto: Instagram Sania Saeed/Carian Google
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024