Laman Utama

Industri Penerbangan Tenat, Tony Fernandes Jadi Rider Hantar Makanan

Azwa Rahman
13/11/2020
14:40 MYT
Sponsor Banner
Industri Penerbangan Tenat, Tony Fernandes Jadi Rider Hantar Makanan
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes tidak segan untuk turun padang bergelar rider bagi perkhidmatan penghantaran makanan.
Menerusi laman sosial Instagram, Tony berkongsi sekeping foto sedang melakukan perkhidmatan penghantaran makanan tersebut untuk tatapan umum.
“Bersiap sedia untuk menghantar makanan ke rumah anda,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Tony mengenakan tshirt putih, berdiri di sebelah motosikal dengan beg makanan yang tertulis ‘airasia.com/food’, antara perkhidmatan terbaru disediakan AirAsia untuk pelanggan.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memberikan kata-kata semangat dan positif untuknya terus bertahan di dalam kejutan pandemik ini.
“Terbaik bos! Saya doakan semoga semuanya berjalan lancar,” komen seorang wargamaya.
“Cantik tshirt. Teruskan, jangan biarkan impianmu mati,” sokong seorang wargamaya.
“Saya selalu kagum dengan Tan Sri. Tan Sri beri saya inspirasi. Seorang pemimpin yang baik, harap kita boleh berjumpa lagi,” puji seorang wargamaya.
“Ada kerja kosong tak jadi rider? Nak kerja dengan Tan Sri @tonyfernandes,” tanya seorang wargamaya.
Keep it up AirAsia! Drive safe dan take care bos,” tulis seorang wargamaya.
“Dalam situasi yang mencabar, awak selalu beri inspirasi. Kami akan sentiasa menyokong awak,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 15,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Industri penerbangan antara yang menerima kesan paling buruk akibat COVID-19.
Beberapa syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa terpaksa mengecilkan operasi dan memberhentikan ribuan pekerja kerana tidak mampu menanggung kos operasi harian.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024