Hiburan

Indah Ruhaila Bukan Kekasih Saya - Hael

Ahmad Shah
09/11/2016
14:19 MYT
Sponsor Banner
Indah Ruhaila Bukan Kekasih Saya - Hael
Ahli kumpulan duo Azhael, Hael Husaini menafikan dirinya menjalin hubungan cinta dengan penyanyi lagu Percayalah, Indah Ruhaila.
Menerusi sebuah ruangan gosip baru-baru ini, Indah dan Hael dikatakan menjalin hubungan cinta dan ada peminat yang ternampak mereka sering keluar bersama-sama.
“Saya dan Indah hanya rakan baik sahaja. Saya akui saya sering keluar bersama Indah kerana kami memang rapat semenjak menyertai AF 2013 dulu. Apabila kami keluar bersama, tak bermaksud kami bercinta.
“Kami selalu keluar beramai-ramai dan tunang Indah juga turut serta. Mungkin orang perasan saya dan Indah keluar kerana kami dikenali sebagai penyanyi dan orang tidak perasan kehadiran tunang Indah kerana dia tidak dikenali seperti kami,” kata Hael kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Hael turut berkongsi perkembangan terbaru kumpulan Azhael. Penyanyi lagu Terima Kasih Kekasih itu belum bersedia untuk keluar dengan album penuh.
“Walaupun kami sudah muncul dengan empat single, kami rasakan belum tiba waktunya untuk kami muncul dengan album penuh.
“Situasi penjualan album sekarang sangat tidak menggalakkan kami untuk muncul dengan album penuh jadi kami akan mengeluarkan single demi single. Kami rasakan formula ini dapat menarik perhatian peminat untuk membeli single kami menerusi muat turun digital,” katanya lagi.
Single keempat mereka, Mencinta berjaya mara ke pusingan Separuh Akhir Muzik Muzik 31 yang berlangsung baru-baru ini.
Teks Oleh: Kamaruddin Razal
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024