Laman Utama

Ibu Syukur Shuib Terbuka Hati Nak Kahwin Lagi, Dedah Watie Ada Persamaan Dengan Arwah Siti Sarah

Syafiqah Jalal
23/06/2023
06:44 MYT
Sponsor Banner
Ibu Syukur Shuib Terbuka Hati Nak Kahwin Lagi, Dedah Watie Ada Persamaan Dengan Arwah Siti Sarah
Ibu kepada pelawak Shuib, Salamiah Jalani bersyukur kerana akhirnya anak lelakinya itu terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas pemergian isterinya, Siti Sarah pada dua tahun lalu.
Kata Salamiah kepada Gempak bukan mudah untuk Shuib menerima wanita lain dalam hidupnya selepas bergelar bapa tunggal kepada empat orang anak.
“Alhamdulilah bersyukur sangat sebab shuib dah terbuka hati terima orang lain dalam hidupnya sekaligus menggantikan ibu untuk anak-anaknya.
“Sebelum ini tak dinafikan dia tidak yakin untuk berumah tangga lagi kerana dia bukan sahaja memikirkan tentang dirinya sahaja malah anak-anaknya juga.
“Saya nasihatkan kalau dapat pasangan yang baik apa salahnya. Ternyata Watie seorang wanita yang baik serta bersabar dengan anak-anak,” katanya.
Tambah ibu Shuib lagi, Watie seorang wanita yang mempunyai banyak persamaan dengan arwah Siti Sarah.
“Ciri-ciri Watie ni sebenarnya banyak persamaan dengan arwah (Siti Sarah). Iyalah, saya pun bukan orang yang baik kalau saya tak suka saya terus je marah tapi dia macam arwah kalau kita marah dia masih lagi datang kepada kita dan meminta maaf.
“Sikap lucu lain yang sama dengan arwah adalah Watie ni pelupa. Kalau tengok telefon tu dia akan fokus sampai tak peduli orang panggil. Tapi saya selalu ingatkan dia tak boleh begitu.
“Lagi satu apa yang sama adalah dia seorang yang suka melayan saya setiap kali datang ke rumahnya. Seperti arwah juga kalau saya teringin hendak makan apa-apa, dialah orang yang sibuk akan dapatkan atau masakan untuk saya.
“Saya harap hubungan mereka ini berkekalanlah dan mereka hidup bahagia,” kongsinya lagi.
Majlis pernikahan Shuib dan Watie bakal diadakan di Shah Alam dan Gempak merupakan media rasmi yang membuat liputan berkenaan pada malam ini.
Majlis itu juga bakal disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.
Program tiga episod itu akan menemui penonton secara eksklusif bermula pada 24 Jun ini, jam 9 malam di Astro Ria.
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam pada 6 Mei lalu.
Pada April lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.
Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024