Ibu Syazwan Zulkifly Meninggal Dunia
Pelakon, Syazwan Zulkifly berkongsi khabar duka kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Rosnani Ali yang meninggal dunia sekitar pukul 9 malam Sabtu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada usia 63 tahun.
Menurut Syazwan atau Mohd Syazwan Zulkifly, 38, ibunya dimasukkan ke IJN sejak lebih sebulan lalu akibat komplikasi selepas terkena jangkitan kuman pada paru-paru.
Reda menerima ketentuan, bagi Syazwan pemergian ibu juga bagaikan hilangnya satu kekuatan yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seninya.
Tambah pelakon ini, sambutan Ramadan pasti berbeza selepas ibu pergi buat selamanya.
"Kehilangan ibu bapa ini adalah satu yang amat kita takutkan dan ia sudah terjadi pada saya. Saya ada dua adik lelaki dan ibu saya wanita dalam keluarga, jadi memang amat terasa bila dia tiada.
"Selama dalam industri, rezeki saya adalah berkat doa ibu. Sekarang saya dah tiada doa itu.
"Bulan puasa akan datang ini pasti berbeza dan saya risaukan bapa sebab kini dia tinggal seorang," luahnya.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh, Gombak.
Sumber: Mstar