Laman Utama

“Ia Seperti Menghina Pekerjaan Saya…”- Syafie Naswip Sensitif Dengan Gelaran ‘Retis’

Syafiqah Jalal
02/09/2021
10:20 MYT
Sponsor Banner
“Ia Seperti Menghina Pekerjaan Saya…”- Syafie Naswip Sensitif Dengan Gelaran ‘Retis’
Pelakon Syafie Naswip menegaskan supaya mana-mana pihak untuk tidak menggunakan gelaran ‘retis’ kepada dirinya.
Menurut Syafie gelaran tersebut dirasakan seolah-olah telah menghina pekerjaannya sebagai seorang pelakon.
“Minta maaf jika status ini menyentak hati beberapa pihak. Cuma ingin menegaskan, kalau ada sesi bergambar atau berbalas komen di Instagram, elakkan guna perkataan ‘retis’.
“Ia sedikit sebanyak seperti menghina pekerjaan saya. Kalau boleh cukup anda gelarkan saya pelakon, pameran atau manusia biasa daripada kerap menggunakan panggilan itu,” tegasnya.
Pelakon Mukhsin itu berkongsi pendiriannya itu di akaun Instagram miliknya.
Kata Syafie lagi, hatinya terguris setiap kali diberi gelaran berkenaan.
“Mungkin saya hanya senyum atau tidak memberi reaksi apa-apa . Tetapi jujur setiap kali dialog itu diungkkapkan, ia sangat menghiris hati saya.
“Harap anda semua memahami,” luahnya.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024