Laman Utama

“Heykal Sakit Ke?”- Penampilan Kurus Suami Faezah Elai Jadi Perhatian, Ini Jawapan Si Isteri

Syafiqah Jalal
07/06/2022
23:53 MYT
Sponsor Banner
“Heykal Sakit Ke?”- Penampilan Kurus Suami Faezah Elai Jadi Perhatian, Ini Jawapan Si Isteri
Penampilan terbaharu suami pelakon Faezah Elai iaitu pengaeah Heykal Hanifah menjadi tumpuan selepas fizikalnya kini kelihata kelihatan lebih kurus dan berwajah memanjang.
Foto terbaharu itu dikongsi Faezah menerusi akaun Instagram miliknya yang difahamkan menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.
Kemas kini itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata terkejut serta bertanyakan peribal kesihatan terkini Heykal.
“Heykal sakit ke? Lain muka dia,” tanya salah seorang pengikutnya.
“Kurus dah suami dia, nampak kurus terus,” tegur salah seorang warga maya.
“Wah ingatkan bergambar dengan orang lain tadi rupanya suami dah kurus,” kata salah seorang netizen.
Pun begitu, Faezah tidak berdiam diri malah tampil menjawab soalan netizen mengenai keadaan suaminya.
“Alhamdulilah sihat walafiat. When you lose weight automatically your face akan kecut jugak,” jawabnya dengan tenang.
Terdahulu Heykal juga pernah menjadi tumpuan kerana telah berjaya menurunkan berat badannya dengan mendadak. Bagaimana pun kali ini perubahan fizikalnya amat ketara.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024