Berita

Harga Gardenia Naik 1 Disember 2020, Ini Alasannya!

Syafiqah Jalal
30/11/2020
11:10 MYT
Sponsor Banner
Harga Gardenia Naik 1 Disember 2020, Ini Alasannya!
Beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) bakal menyaksikan peningkatan harga sehingga RM0.20 sen bermula 1 Disember, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Menurut syarikat itu lagi, peningkatan harga itu bermula dari RM0.05 sen melibatkan produk roti seperti Gardenia Squiggles - Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll - Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans.
Sementara itu, bagi kenaikan harga RM0.20 sen pula melibatkan produk roti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries.
Keputusan menaikkan harga produk tersebut adalah kerana kenaikan harga bahan mentah terkini.
“Semakan harga ini dibuat kerana kenaikan harga bahan mentah seperti sayur, serbuk koko, susu dan pembungkusan.
“Fokus kami sekarang adalah untuk terus meningkatkan usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan operasi,” jelasnya dalam satu kenyataan.
GBKL pada masa sama berkata tiada peningkatan harga bagi produk lain keluaran syarikat itu.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024