Berita

Hanya Bayar RM100, Pembuli Esha ‘Alpha Quinn’ Mengaku Bersalah

Ainun
16/07/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Hanya Bayar RM100, Pembuli Esha ‘Alpha Quinn’ Mengaku Bersalah
Terbaru, pembuli Esha ‘alphaquinnsha’ iaitu pempengaruh Shahlini Periasamy telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat untuk membangkitkan kes buli siber.
Shahlini atau nama penuhnya Shahlini Periasamy, 35, telah menghadirkan diri bersama dua individu yang dipercayai sebagai bapa dan suaminya. Mereka kelihatan tenang ketika dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Arunjothy M Selvarwam.
Kemudian, pempengaruh itu turut mengaku bersalah atas perbuatannya dan mengakui dirinya sudah insaf atas segala perbuatannya.
Hakim telah mengenakan denda kepada Shalini sebanyak RM100 atau penjara tujuh hari andai dia tidak membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Shalini didakwa atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat melalui akaun TikTok alphaquinnsha tanpa sengaja dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

BERITA TRENDING: Tamatkan Riwayat Sendiri Kerana Siber Buli, Ini Kronologi Kes Influencer Rajeswary Appahu

BERITA TRENDING: Remaja Nyaris Maut Termakan Biskut Dicampur Racun

BERITA TRENDING: Kes 'Influencer' Maut, Wanita Tempatan Ditahan

BERITA TRENDING: Nizam Jentik Jentik Saksi Kemalangan Maut, Menangis Sampaikan Berita Kematian - "Puan... Suami Puan Ada Dekat Dengan Saya"

Terdahulu, kes pembunuhan Esha yang berumur 30 tahun itu ditemui mati, selepas membuat laporan polis berhubungan ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan seramai 11 saksi termasuk ahli keluarga mangsa dirakam suara untuk kertas siasatan kes tersebut.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar