Hiburan
Hampir Bergelar Isteri Tapi Cinta Tak Jadi, Amira Othman Bawa Diri Ke Tanah Suci - “Saya Benar-Benar Mengharapkan…”
Penyanyi, Amira Othman mengakui hampir menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan namun jodoh tidak menyebelahi dirinya.
Menurut Amira, selepas episod cinta itu terhenti di tengah jalan, dia terus membuat keputusan untuk terbang ke Tanah Suci bagi mencari kekuatan.
BERITA BERKAITAN: “Secara Jujurnya…” - Amira Othman Mohon Maaf, Harap Gosip Dengan Fattah Amin Tak Buat Peminat Marah Lama-Lama
BERITA BERKAITAN: Makin Berseri! Amira Othman Kongsi Foto Di Instagram, Hael Husaini Komen; “Happy Kawan Bahagia”
Meskipun sedih, pelantun lagu Bila Nak Kahwin ini tetap bersyukur kerana pengalaman tersebut mengajarnya erti ketabahan dan mendekatkan dirinya kepada Yang Maha Esa.
"Saya pernah bercinta dengan seseorang dan kami hampir ke penghujung alam perkahwinan tetapi disaat akhir apa daya tiada jodoh.
"Sedih itu perkara biasa,kita orang perempuan sudah pasti ada perasaan itu cuma saya bersyukur saya boleh move on awal.
"Waktu itu saya ingat lagi, selepas saya putus saya terus terbang ke tanah suci. Disana Alhamdulillah saya tenang, saya banyak berdoa agar saya terus diberi kekuatan.
"Sehingga hari ini semuanya baik-baik sahaja. Kedua-dua keluarga pun masih baik. Sebab itu Amira tidak mahu kongsi berlebihan kerana dua-dua keluarga masih jaga hubungan kami," katanya kepada Gempak.
Ketika melalui detik sedih itu, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman,32, berkata dia lebih banyak menyendiri.
Namun dia bersyukur kerana Allah mengangkat doanya dan memberikannya kekuatan.
"Waktu itu saya lebih banyak menyendiri dan tak pernah berhenti berdoa. Saya benar-benar mengharapkan Allah tabahkan hati saya. Syukur sangat, Allah angkat doa-doa saya, dan kini saya sudah pulih sepenuhnya," ujarnya lagi.
Melalui pengalamannya, Amira menitipkan nasihat kepada wanita lain yang mungkin mengalami situasi serupa agar terus kuat dan tidak melupakan hubungan dengan Allah.
"Saya nak pesan, sayangilah seseorang itu berpada-pada. Jangan sampai kita terluka terlampau dalam.
Paling penting, jangan lupa mendekatkan diri kepada Allah dan jangan buat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri. Banyakkan berdoa dan yakin semuanya akan baik-baik sahaja," tambahnya.
Amira berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi raya jenama Varisha di Shah Alam pada Sabtu.
Amira turut dilantik sebagai duta jenama berkenaan bersempena kempen hari raya tidak lama lagi.
Must-Watch Video