Laman Utama

Hadir Ke Minggu Fesyen KL, Tokti Pakai Jam Tangan Bernilai RM1 Juta? - “Ini Baru Orang Kaya Ada Standard”

Azwa Rahman
08/11/2021
02:49 MYT
Sponsor Banner
Hadir Ke Minggu Fesyen KL, Tokti Pakai Jam Tangan Bernilai RM1 Juta? - “Ini Baru Orang Kaya Ada Standard”
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri tumpuan ramai apabila hadir ke Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dengan menggayakan jam yang dianggarkan bernilai RM1 juta.
Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi babak Siti atau lebih mesra disapa sebagai Tokti menghadiri pertunjukan fesyen rekaan Rizman Ruzaini.
Pada perkongsian berdurasi 21 saat itu, Tokti melambai pada kamera telefon pintar teman di sebelahnya sambil kelihatan jam mewah daripada jenama Richard Mille di tangan kanannya.
Jam tangan mewah bertali merah serta bertatahkan berlian itu dianggarkan berharga RM1.1 juta.
@tarmizie_official
The End (Kuala Lumpur Fashion Week 2021) ?? ##klfw ##klfw21 ##klfw2021 ##ctdk ##fyp ##fypシ ##fypage ##rizmanruzaini ##foryoupage ##ctzone @toktitiktok
♬ Seribu Kemanisan - Siti Nurhaliza
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji sikap Tokti yang tidak pernah menunjuk dan riak dengan barangan mewah dipakainya.
Menurut mereka, setakat ini Tokti belum pernah berbangga menayangkan harga-harga barangan mewah yang dimiliki melainkan hasil carian dan kajian oleh peminatnya.
@Fans of CT:Tokti kan.. Dia pakai apa pun.. Benda-benda mahal tak pernah tunjuk.. Tapi dia akan terkantoi sendiri sebab peminat Tokti ni suka kaji berapa harga barang yang dipakai”
@izyan:Layak dan mampu. hasil usaha dia juga kan. bertahun menyanyi.”
@Abg Watson :Ni baru orang panggil KAYA. Ada sorang tu OKB, dah baling-baling duit.”
@???ℎ?? ???ℎ????:This is what we called ORANG KAYA ADA STANDARD.. tak menggelupor baling duit. Maybe Tokti tahu menghargai rezeki Allah bagi.. bukan untuk ditunjuk-tunjuk.”
@azalia_stylista:Tokti tak pernah tunjuk handbag ke, tunjuk shopping ke apa. mmg humble sangat dari dulu sampai sekarang. memang disayangi ramai ni.”
@W?️D:Mostly jam Richard Mille ni memang harga atas juta. macam dekat US diorang custom jam tu letak diamonds worth than 5-10 milion dollars.”
@KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA:betul la Tu… income sebulan half million, tak kan nak pakai G-Shock.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 150,000 tontonan daripada warga TikTok.
Selain Tokti, jam tangan mewah buatan Swiss itu juga pernah dipakai oleh beberapa selebriti ternama seperti Cristiano Ronaldo, Kylie Jenner, Tan Sri Michelle Yeoh, Jackie Chan, Ed Sheeran dan ramai lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024