Berita

Guru Wanita Dicekup Berkhalwat Dengan Rakan Sekerja Di Dalam Kenderaan

Gempak
21/09/2024
08:25 MYT
Sponsor Banner
Guru Wanita Dicekup Berkhalwat Dengan Rakan Sekerja Di Dalam Kenderaan
Seorang suami menangkap isterinya yang bertugas sebagai guru di dalam sebuah kenderaan ketika dia berdua-duaan dengan rakan sekerjanya, lapor portal berita Banjarmasin Post kelmarin.
Suaminya yang dikenali sebagai TWP kemudian membuat laporan ke Unit Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Anak, Polis Prabumulih, Sumatera.
TWP membuat laporan bahawa isterinya yang dikenali sebagai VP disyaki menjalin hubungan sulit dengan dengan seorang lelaki berusia 34 tahun.
Isterinya dan lelaki itu yang dikenali sebagai IM, merupakan guru yang mengajar di salah sebuah sekolah rendah di Prabumulih.
TWP menangkap isterinya bersama IM di dalam sebuah kenderaan pada 15 September lalu.
Si suami juga mempunyai bukti tentang perbualan mesra isterinya dengan IM di media sosial.
“Harga diri saya sudah dipijak-pijak sebagai seorang laki-laki. Masalah ini harus diselesaikan,” tegas TWP kepada wartawan.
Si suami yang juga merupakan kontraktor di Kota Prabumulih itu mengaku dirinya hanya menuntut supaya kedua-dua mereka menerima hukuman tegas.
Sumber: Kosmo menerusi Agensi
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar