Laman Utama

Golongan Belia Pembentuk Masa Depan Negara, Pemacu Ekonomi Digital

Mya Amri
07/09/2022
06:30 MYT
Sponsor Banner
Golongan Belia Pembentuk Masa Depan Negara, Pemacu Ekonomi Digital
Seringkali kita dengar ungkapan bahawa golongan belia disebut sebagai penentu masa depan negara.
Begitulah juga mesej yang ingin disampaikan syarikat telekomunikasi terkenal, Maxis menerusi penghasilan karya pendek terbaharu berjudul Apalah Generasi Ini.
Istimewanya lagi, filem pendek itu dihasilkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2022 dan Hari Malaysia.
Filem berdurasi tiga minit ini memberikan sedikit kelainan dalam penceritaan di mana ia menunjukkan kebanyakan generasi masa kini mengambil peluang bekerja sebagai pencipta kandungan dan pembuat video.
Selain itu, naskhah ini juga memaparkan kebolehan, kreativiti dan kemahiran digital anak muda masa kini yang berpotensi besar kepada masa depan negara.
Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mencari pekerjaan masa kini namun sebagai belia, sikap tidak putus asa itu sudah cukup untuk membuktikan semangat dan keberanian dalam menghadapi segala kemungkinan baharu.
Harus diakui, adakalanya pekerjaan tersebut mendapat kecaman masyarakat namun ia juga harus dilihat dari sudut positif di mana ia secara tidak langsung mampu menginspirasikan orang ramai dengan konten yang bagus.
Anda boleh menonton filem penuh Apalah Generasi Ini di bawah:
Sementara itu, untuk menyemarakkan lagi Hari Kebangsaan 2022 dan Hari Malaysia, Maxis baru-baru ini telah melancarkan kempan Jualan Maxis dengan diskaun dan tawaran hebat untuk pelbagai peranti mudah alih dan rumah kepada pelanggan untuk meningkatkan gaya hidup digital mereka agar sentiasa ke hadapan dengan kemungkinan baharu.
Ia menampilkan telefon pintar terbaharu, TV pintar, komputer riba, tablet dan banyak lagi dan berlangsung hingga 30 September ini.
Pelanggan juga boleh membeli pelan sambungan dan hiburan gabungan terbaik untuk memenuhi setiap keperluan mereka.
• Diskaun sehingga 90 peratus dan kontrak 12 bulan pada rangkaian luas telefon pintar dengan Maxis Postpaid 98.
• TV 4K 70 inci terkini dan banyak lagi dengan harga serendah RM21 sebulan serta pelan Maxis Home Fibre.
• Telefon pintar terkini dengan subsidi sehingga RM800 dan kontrak 12 bulan dengan Hotlink Postpaid.
Untuk maklumat lanjut, layari maxis.com.my, hotlink.com.my atau mana-mana kedai Maxis berhampiran anda hari ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024