Viral

Gempar Kejadian Tembakan Di Pusat Beli-Belah Di Setia Alam

Gempak
08/02/2025
16:31 MYT
Sponsor Banner
Gempar Kejadian Tembakan Di Pusat Beli-Belah Di Setia Alam
Kejadian tembakan dipercayai berlaku dalam sebuah pusat beli belah di Setia Alam, Shah Alam malam ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi.
"Ya betul (kejadian tembakan) dan pasukan polis baru sampai di tempat kejadian, nanti saya (maklumkan) perkembangan kes," katanya kepada media, malam ini.
Tinjauan Harian Metro mendapati, polis membuat kawalan keselamatan dan orang awam diarahkan keluar dari pusat beli belah terbabit.
Terdahulu, tular di Facebook mengenai kejadian terbabit yang didakwa di sebuah kedai emas di pusat-beli belah di situ.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024