Laman Utama

#GempakSihat Earbuds Punca Remaja Cepat Pekak? Doktor Ini Kongsi Tips Elak Masalah Pendengaran

Syafiqah Jalal
19/07/2023
13:31 MYT
Sponsor Banner
#GempakSihat Earbuds Punca Remaja Cepat Pekak? Doktor Ini Kongsi Tips Elak Masalah Pendengaran
Zaman kini, sudah menjadi trend remaja sekarang menggunakan headphone, earphone atau earbuds, untuk mendengar muzik atau menonton filem daripada telefon pintar atau gajet mereka.
Malah penggunaan alat pendengaran atau fon telinga ini dilihat digunakan tanpa had sehingga ada yang menggunakan seharian lebih teruk lagi sewaktu tidur dari malam sampai ke pagi.
Seorang doktor Dr Samhan juga memberitahu punca ramai remaja pekak adalah kerana penggunaan earbuds yang terlalu lama serta volume yang terlalu kuat lebih daripada had sepatutnya.
Dr Samhan juga menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi tip elak masalah pendengaran atau pekak dengan alat fon telinga.
#1 Elak penggunaan 'earbuds'
Earbud mempunyai speaker kecil dengan kelantangan besar yang mampu memberikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai di luar telinga. Gantikan penggunaan earbuds kepada headphone.
#2 Tetapkan setiap penggunaan earphone tidak lebih dari 90 minit
Ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan earphone/headphone akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang boleh mengganggu fungsi otak. Oleh itu, setiap 90 minit penggunaan earphone, kalian harus rehatkan telinga agar kesihatan telinga tidak merosot sehingga menjejaskan pendengaran.
#3 Beri masa rehat untuk telinga perbaiki kerosakan Telinga kita memerlukan 16 jam untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh bunyi kuat sepanjang malam.
#4 Tetapkan tahap bunyi tidak lebih dari separuh
Kekalkan penggunaan volume earphone pada paras 60 peratus atau kurang darinya.
Biasakan diri mendengar bunyi dengan volume yang rendah kerana kekuatan bunyi melebihi 90 desibel hingga 15 minit secara berterusan akan menyebabkan gegendang telinga mengalami rosak yang teruk.
#5 Minimum Penggunaan Earphone
Bagi yang gemar memakai earphone 24 jam sehari, siang dan malam. Tabiat sebegini harus di buang, ingat telinga adalah salah satu anggota badan kita juga dan memerlukan rehat yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
Sumber: IG Dr Samhan
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar