Laman Utama

#GempakMemilih2020: Syahmi Sazli, Semangat Anak Kelantan! Dari Nobody To Somebody

Mya Amri
31/12/2020
09:24 MYT
Sponsor Banner
#GempakMemilih2020: Syahmi Sazli, Semangat Anak Kelantan! Dari Nobody To Somebody
From nobody to somebody! Itulah antara ayat sesuai yang boleh diumpamakan tentang anak muda kelahiran Kelantan, Syahmi Sazli.
Tahun 2020 boleh dikatakan tahun bertuah buat Syahmi kerana berjaya mengorak langkah mengembangkan bakatnya dalam industri hiburan.
Dari satu sudut, dia bukanlah sesiapa jika mahu dibandingkan dengan nama besar dalam bidang perfileman namun berbekalkan kesungguhan dan semangat, Syahmi muncul menerusi karya pertama berjudul Mael Totey The Movie.
Buktinya, dalam tempoh 24 hari filem yang turut menampilkan lakonan selebriti YouTube seperti Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad dan Aween Ismail itu juga berjaya mencatat kutipan RM6.4 juta.
Jumlah tersebut sekaligus turut memecah rekod sebagai filem paling laris ditayangkan di Astro First.
Dari Youtuber Ke Bintang Filem Santun dan merendah diri bicaranya apabila Gempak berpeluang mewawancara pesona bintang ini sebelumnya mengenai hasil karya dan kehidupannya.
Dalam pada kejayaan Mael Totey The Movie, peluang Syahmi bermula apabila dilamar untuk membintangi filem Syif Malam Raya bersama dua lagi sahabat baiknya, Asif Suhaimi dan Yoe Parey.
Terbit rasa syukur dalam dirinya apabila Syif Malam Raya yang menjadi pembuka langkah buat diri dan sahabat-sahabatnya mendapat respon positif daripada penonton.
“Sangat bermakna dan bagi kami ini adalah satu penghargaan kerana kami ini pun hanyalah bermula sebagai YouTuber sahaja.
“Tak sangka dapat peluang keemasan untuk berlakon bersama otai-otai filem, pelawak-pelawak terkenal dan mereka yang terlibat dalam filem berkenaan,” ujarnya tersenyum.
Asif Suhaimi dan Yoe Parey
Bagi yang mengenali Syahmi, nama Asif dan Yoe Parey sudah tidak asing lagi menerusi platform digital YouTube Syahmi Sazli.
Keakraban hubungan persahabatan tiga bintang ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.
Malah kisah mereka yang tular suatu ketika dahulu membuatkan netizen terharu dengan keikhlasan hubungan mereka.
Bagaimana pula pandangan Asif dan Yoe mengenai dirinya? Ini jawapan mereka.
“Syahmi baik, seronok, dia tak bekeng (garang),” jawab Asif
“Beres, baik, selesa dengan dia,” ujar Yoe.
Untuk pengetahuan pembaca Gempak, Asif dan Yoe yang sudah menganggap Syahmi seperti abang mereka sendiri ini menjawab sambil menguntumkan senyuman.
Melihat reaksi mereka berdua sudah cukup untuk mengetahui peribadi sebenar pemilik nama Syahmi Sazli.
Dugaan dan Kejayaan
Sudah nama pun anak seni, Syahmi juga turut diduga dengan cabaran dan juga menjadi buah mulut nakal sesetengah pihak yang mempertikaikan kemampuannya mengarah filem.
Bagaimanapun anak muda berusia 25 tahun ini mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak cepat melatah. Malah dia juga mengambil kritikan itu sebagai sesuatu yang positif.
“Tak mengapa ini permulaan, saya akan buktikan dalam karya-karya yang akan datang,” ulasnya.
Habis satu kisah, timbul lagi dakwaan lain mengatakan dirinya mempergunakan golongan OKU untuk melariskan karya-karyanya.
Bagaimanapun kata Syahmi, mana mungkin dia tergamak melakukan perkara seperti itu. Sifat kasih dan sayangnya terhadap Asif dan Yoe bukan sekadar teman rapat tetapi sudah seperti adik-beradik.
“Saya dah anggap mereka adik-beradik saya. Kalau boleh sampai tua pun saya mahu mereka ada,” responnya.
Sejujurnya sama ada kita suka atau tidak, nama Syahmi kini sebaris dengan pengarah hebat tempatan yang turut mencatat kutipan mencecah jutaan ringgit.
Salute dengan keberanian dan kebijaksanaan Syahmi berlakon, mengarah, dan turut menerbit dalam filem Mael Totey The Movie.
Kerana itu #GempakMemilih2020 Syahmi Sazli, bintang yang semakin mencipta nama.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024