Laman Utama

Gara-Gara Nama Panggilan Sama, Shukri Yahaya Kena Tempias Shuk Sahar

Zulaikha Yusof
26/01/2021
02:15 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Nama Panggilan Sama, Shukri Yahaya Kena Tempias Shuk Sahar
Penyampai radio dan pengacara Shuk Sahar, 35, sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila didakwa masih mempunyai hubungan dengan wanita yang dikenali dengan Fara Salleh.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada Sabtu lalu di laman Instagram (IG).
BACA: "Orang Lain Tidur, Aku Berkeliaran Cari Laki Aku" - Menangis Depan Pintu, Isteri Dedah Shuk Kembali Curang?
Namun malangnya, aktor kacak Shukri Yahaya, 32, pula terkena tempias apabila ada segelintir netizen yang menyangka mereka adalah individu sama.
Rata-ratanya mula menyerang ruangan komen IG pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2.
Walaubagaimanapun, pemilik nama Mohd Shukri Yahaya itu membalas salah satu komen pengikut dengan menyatakan dia bukan individu yang dimaksudkan.
"Muka macam Shrek pun nak curang ke? Aku marah ni," tulis seorang individu.
"Salah orang ni, muka aku macam SRK! Ini aku marah," balas Shukri.
Terdahulu, kecoh apabila Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan Fara.
Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampa.
BACA: "Persilakan Kau Call Jabatan Agama Islam Selangor" - Fara Balas Kenyataan Isteri Shuk
Susulan isu itu, Shuk secara rasmi digantung perkhidmatannya menjadi deejay di stesen Hot FM berkuat kuasa pada Isnin (25 Januari 2021).
BACA: Terkait Isu Curang Kali Kedua, Shuk Sahar Digantung Perkhidmatan Penyampai Hot FM
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024