Hollywood

Gara-Gara Kutu...Justin Bieber Alami Penyakit Berjangkit!

Asraf Aided
09/01/2020
09:05 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Kutu...Justin Bieber Alami Penyakit Berjangkit!
Penyanyi popular Hollywood, Justin Bieber mendedahkan dia mengalami penyakit yang dikenali sebagai Lyme.
Justin mendedahkan perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
"Pada waktu ramai orang yang bercakap buruk mengenai saya, ada yang cakap saya ambil dadah dan sebagainya, mereka tidak tahu bahawa sebenarnya saya sedang mengalami penyakit.
"Saya telah disahkan menghidap penyakit Lyme, bukan itu sahaja, saya juga mengalami 'chronic mono' yang memberi kesan terhadap kulit, fungsi otak, tenaga dan kesihatan secara keseluruhan," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat Justin memberi kata-kata semangat dan mengharapkan kesembuhan buat penyanyi kesayangan mereka itu.
Hasil carian Gempak, Lyme merupakan penyakit berjangkit disebabkan bakteria yang dibawa oleh kutu.
Namun begitu, penyakit ini boleh dirawat dengan pengambilan antibiotik dan beberapa kaedah perubatan yang lain.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024