Berita

Gara-Gara Kedai Barber Tutup, Syida Melvin Potongkan Rambut Suami, Tapi Inilah Yang Terjadi...

ZULHILMI JALIL
27/03/2020
03:46 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Kedai Barber Tutup, Syida Melvin Potongkan Rambut Suami, Tapi Inilah Yang Terjadi...
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, banyak kedai yang menyediakan perkhidmatan bukan keperluan utama terpaksa dihentikan seketika operasinya.
Antara yang turut terkesan termasuklah, mereka yang mengusahakan kedai salun rambut ataupun kedai barber.
Biarpun begitu, pelakon Syida Melvin bertindak lebih proaktif apabila menawarkan dirinya untuk membantu mengguntingkan rambut suaminya sendiri biarpun tidak mempunyai kemahiran tersebut.
"Cerita dia. Semalam kami tanya @shafiqshaheen, 'Sayang, kan sekarang semua kedai tutup, macam mana awak nak potong rambut awak ahh? Rambut awak dah tebal! Apa kata saya tolong potong rambut awak esok nak???'
"Laki kami pun setuju lahh dia jawab, 'haa! Awak tolonglah potong kejap, saya ada shaver senang sikit'," cerita Syida menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Begitupun, kata Syida, dia kemudian telah membuat kesilapan di awal-awal lagi apabila menyebabkan rambut suaminya kelihatan seperti 'ditokak' sehingga menampakkan bahagian kulit kepala.
"Pagi tadi (semalam), dengan teruja dan bangganya kami ajak 'jom mari saya potong'. Pegang-pegang shaver terus on, zappppp aku pi tala kat kepala terus.
"Tudia laaaa menyesal jugalah pasal tak tengok tutorial kat Youtube dulu. Hahaha Sorry husband @shafiqshaheen," tulisnya yang turut berkongsi foto keadaan rambut suaminya itu.
Perkongsian Syida itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang simpati dengan apa yang terjadi ke atas rambut suaminya itu.
"Tokak terus jadinya.
"Nasib ada 14 hari lagi rambut nak tumbuh.
"Tak apa, lagi dua minggu tumbuh lah semula rambut di bahagian yang terbotak tu.
"Bagi botak teruslah Syida, kasihan tengok.
"Nasib baik 'mangsa' kelihatan tenang," komen sebahagian netizen.
Syida mendirikan rumah tangga dengan Shafiq pada 19 Januari 2019.
Sepanjang duduk di rumah ini, apa kata saksikan drama lakonan Syida Melvin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Pada masa sama, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024