Laman Utama

Gara-Gara Buat FB Live, Usahawan Kena Tengking Dengan Tuan Kedai! - “Orang Melaka Memang Kurang Ajar?”

Azwa Rahman
13/09/2020
09:02 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Buat FB Live, Usahawan Kena Tengking Dengan Tuan Kedai! - “Orang Melaka Memang Kurang Ajar?”
Seorang usahawan wanita yang juga merupakan personaliti media sosial terkejut apabila dirinya dihalau daripada sebuah restoran asam pedas popular di Bandar Hilir, Melaka.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sedutan video yang dirakamkan oleh usahawan Eira Aziera itu untuk tatapan umum. Menerusi video berdurasi satu minit itu, menunjukkan Eira, 37, sedang melakukan siaran live untuk membuat revie produk di dalam restoran tersebut.
usahawan kosmetik berusia 37 tahun itu memberitahu, dia sememangnya berpengalaman membuat reviu produk dalam membantu peniaga-peniaga tempatan secara dalam talian.
Tiba-tiba sahaja pemilik restoran berkenaan meninggikan suara kerana tidak membenarkan Eira membuat reviu produk dan menyarankan mereka hanya boleh makan dan kemudian pulang.
“ Buat reviu produk ni boleh online di mana-mana, janji live. Masa tu saya bersama kira-kira 10 pengikut saya ada sekali nak makan di kedai tu.
“Bukanlah suara saya kuat, tapi bila dah ramai tu, suasana jadi riuh sedikit sebab masing-masing dapat berkumpul bersama.
“ Tapi tak sangka pula masa menunggu makanan sampai, pasangan suami isteri yang merupakan pengusaha kedai makan menengking saya dari jauh,” katanya kepada mStar.
Malu selepas ditengking, usahawan tersebut bertindak mengajak ahli kumpulannya untuk meninggalkan premis tersebut.
“ Masa tu, ada lebih 10,000 followers mengikuti live saya dan mereka dapat dengar saya ditengking oleh pakcik dan makcik tu. Saya malu dan ambil keputusan angkat kaki.
“ Sepanjang 14 tahun saya berniaga dan buat reviu, ini kali pertama saya dimalukan sebegitu. Saya bukannya pergi dari meja ke meja jual produk,” ujarnya lagi.
Di laman sosial, ramai wargamaya yang turut sama berkongsi pengalaman buruk ketika makan di restoran berkenaan.
“MCO ke tak MCO ke kedai ni memang kurang ajar. Pekerja dia owner dia segala semua sama. Tau lah orang Melaka ni kasar cara dia, tapi dah 2 3 kali pergi, dapat beza kasar dengan biadap tu macam mana. Service memang teruk. Betul cakap,” luah seorang wargamaya.
“Ouh kedai ni, kat bandaraya ni, member aku pernah bertekak dengan makcik ni, kes sebab kami bayar asing-asing, tak bayar sekali. Paling aku ingat member aku cakap ‘patutlah Portugis serang melaka, mulut orang melaka macam s***’” tulis seorang wargamaya.
“Kedai ni review kat google banyak yang tak puas hati service owner. Tak paham betul apasal orang luar nak kena faham yang orang Melaka spesis cakap kasar dan cakap lepas tapi bila tang orang negeri lain kena cakap lembut lembut,” tegur seorang wargamaya.
“Been here, memang betul makcik tu kurang ajar. aku asal Melaka. Pure punya. Tapi still aku rasa makcik tu kurang ajar. Cara dia senang je nak diamkan makcik ni. Lawan balik kata dia. Serius, nanti dia diam. Aku dah cuba,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 1.3 juta tontonan oleh warga Twitter.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024