Berita

Gara Gara Koleksi Pantun DBP Yang Dikatakan Memperlekeh Wanita, Netizen Tonjol Kreativiti, Ha Masukk

Maliah Surip
17/10/2020
12:00 MYT
Sponsor Banner
Gara Gara Koleksi Pantun DBP Yang Dikatakan Memperlekeh Wanita, Netizen Tonjol Kreativiti, Ha Masukk
Bukan seorang tapi ramai rupanya rakyat Malaysia yang punya bakat terpendam dalam berpantun.
Semua itu dapat dilihat dengan 'aksi' balas pantun dari para netizen terhadap pantun klasik yang dimuat naik Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) di Facebook mereka semalam.
Pantun yang berbunyi; Apa guna berkain batik/jika tidak memakai capal/apa guna beristeri cantik/jika tak pandai menumbuk sambal mendapat beragam respons daripada netizen.
Walaupun ada segelintir yang menyifatkan pantun tersebut dikatakan memperlekehkan wanita, namun banyak netizen yang membalas pantun tersebut dengan kreativiti tersendiri.
Tinjauan Gempak pada Sabtu menunjukkan pantun klasik ini telah menerima lebih 3,000 balasan pantun daripada para netizen.
Antara jawapan yang kreatif diberikan netizen adalah;
Apa guna berkain songket/kalau tak pandai menenun/apalah sangat sambal nak diungkit/cuba fikir siapa yang beranak setiap tahun, tulis seorang pengguna Facebook, Suria Azizan.
Jika hendak memakai capal/pakailah dengan kain pelekat/biar tak pandai menumbuk sambal/asal sentiasa menjaga solat," jawab Nurul Aedrus pula.
Baju kebaya kain bercorak/potongan duyung asal Makassar/itulah gunanya beristeri bijak/tiada lesung guna pengisar," balas Marina Alisaputri yang mendapat sehingga 2 ribu tanda suka dari netizen.
Sementara itu, netizen turut mempertikaikan koleksi pantun yang dikongsikan DBP akhir akhir ini sebagai seperti menyindir situasi semasa negara.
Antaranya adalah; Apa guna melompat pagar/bila kaki awak tersangkut/apa guna bercakap besar/bila janji tidak diikut.
Sementara peribahasa yang berbunyi; Ombaknya Kedengaran pasirnya tidak kelihatan (khabar telah didengar buktinya belum ada), turut dikatakan seperti menyindir seseorang.
Koleksi pantun yang dimuat naik pihak DBP dipercayai diambil dari buku Kurik Kundi Merah Saga yang telah ditulis sejak beberapa tahun silam.
Apapun Gempak salute pada netizen yang masih kental dengan sastera dan tinggi kreativiti dalam berbalas pantun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024