Laman Utama

Gara Gara Dipenjara 10 Tahun Kerana Rasuah, Bekas Isteri Pelakon Hafal 15 Juz Al Quran

Maliah Surip
12/04/2022
03:55 MYT
Sponsor Banner
Gara Gara Dipenjara 10 Tahun Kerana Rasuah, Bekas Isteri Pelakon Hafal 15 Juz Al Quran
Angelina Sondakh yang juga bekas isteri Allahyarharm aktor Adjie Massaid baru dibebaskan dari penjara awal bulan ini.
Perempuan berusia 44 tahun itu disumbat ke penjara selama 10 tahun selepas pertama kali tertangkap dengan kes rasuah Wisma Atlet SEA Games 2011 di Palembang pada tahun 2012.
Usai bebas, Angelina telah memenuhi banyak undangan wawancara dengan media serta pemilik saluran YouTube termasuk milik pesohor seni Indonesia, Maia Estianty.
Dalam wawancara yang dijalankan, Angelina mengaku masa 10 tahun yang dihabiskan dalam penjara telah memberi hikmah terbesar dalam kehidupannya.
Dia mengungkapkan telah dapat menghafal sehingga 15 juz Al Quran di sebalik jeriji besi penjara. Hal itu terjadi kerana sebagai banduan, dia tidak mempunyai akses untuk mudah berkomunikasi dengan orang lain atau tetamu.
"Kan komunikasi terbatas. Saya berharap boleh menelefon kamu [Maia Estianty], kan tak mungkin juga. Tak mungkin saya mengganggu kehidupan orang lain," kata Angelina dalam YouTube Maia Estianty seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Wawancara itu dilanjutkan dengan: “Ya sudah akhirnya sejadah dan Al-Qur'an jadi teman setia saya kerana saya tak perlu telefon atau apalah.
“Jadi bila pun saya berasa perlu teman, saya tinggal ambil wuduk, bentang sejadah dan solat.
Tidak bersendirian, proses membaca sekaligus menghafal Al Quran itu banyak dibantu oleh teman sebiliknya yang dikenali sebagai Widya. Dakwa Angelina, Widya merupakan seorang penghafal Al Quran.
“Memang Allah menuntun jalan saya bertemu Widya di satu bilik, yang akhirnya saya yang hafal tiga juz, tapi sama dia kita bisa buat sampai lima, enam, tujuh, kerana sebilik," kata Angelina.
Dia mengaku rutin menghafal Al Qur-an bersama Widya setiap hari, mulai dari selepas solat Subuh hingga waktu Dhuna. Dalam rentang waktu tersebut, dia mampu menghafal satu juz.
Akuinya dengan mendekatkan diri dan menghafal Al Quran, dirinya mampu melewati masa sulit selama bertahun tahun di penjara.
"Kalau saya sedih, saya buka Al-Qur'an, di situ saya dapat jawapan, mungkin rencana Allah bukan rencana kamu, Allah lebih tahu yang terbaik, jadi kadang saya ada pertanyaan-pertanyaan terus saya cari jawabannya di Al-Qur'an," katanya.
Foto: Detikhot.com
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024