Laman Utama

Foto Tak Tutup Aurat Jadi Pertikaian, Anzalna: “Bukan Sengaja Tidak Padam, Tetapi…”

Fiza Kamarudin
11/01/2022
12:15 MYT
Sponsor Banner
Foto Tak Tutup Aurat Jadi Pertikaian, Anzalna: “Bukan Sengaja Tidak Padam, Tetapi…”
Selepas tampil berhijab sejak September lalu, ramai pengikut Anzalna Nasir di laman sosial Instagram (IG) menegur supaya dia memadam foto-fotonya yang tidak menutup aurat.
Mengambil berat teguran tersebut, Anzalna berkata dia memerlukan sedikit masa untuk berbuat demikian atas beberapa faktor.
Antaranya, masih terikat dengan beberapa kontrak sebelum mengenakan tudung.
“Apabila saya sudah bertudung, ramai yang tegur supaya memadam foto-foto yang tidak menutup aurat.
“Saya pasti semua mahu melihat perubahan saya ke arah yang lebih baik. Dalam usaha nak berubah bukan semua perkara boleh berlaku sekelip mata.
“Sebenarnya saya masih terikat dengan kontrak beberapa produk sejak belum bertudung, bukan sengaja tidak mahu padam foto-foto tersebut.
“Saya tidak ada masalah untuk melakukan itu, tetapi bila sampai masanya saya akan padam,” katanya.
Dalam pada itu, Azalna turut mengakui terkejut kerana rezekinya semakin bertambah selepas mula memakai tudung.
“Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Saya terkejut kerana terima banyak tawaran, Alhamdulillah rezeki.
“Tetapi saya tolak, kerana niat saya bertudung bukan kerana duit,” katanya positif.
Ditanya mengenai kerjayanya, Azalna berkata buat masa ini dia memperlahankan aktiviti seni kerana mahu memberi tumpuan kepada anak serta keluarga.
“Banyak tawaran kerja yang datang, tetapi buat masa ini saya perlahankan kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga, terutama anak saya.
“Nanti bila anak dah besar sikit dan faham, Insya-Allah saya akan kembali ke set penggambaran,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Loveta X Anzalna baru-baru ini.
Bercerita mengenai kerjasamanya dengan jenama Loveta, Anzalna berkata dia berbesar hati kerana Loveta sudi melamarnya.
“Sejak arwah Siti Sarah masih ada saya memang mahu bekerjasama dengan beliau. Dan arwah pernah tawarkan untuk bekerjasama dengan produk kosmetik Ratasya milik beliau.
“Tetapi ketika itu saya masih terikat kontrak dengan produk lain. Jadi terpaksa tolak.
“Dan apabila Puan Siti, datang sekali lagi dan nyatakan hasrat mereka untuk ‘melamar’ saya dalam kempen terbaharu Loveta, saya macam tak percaya.
“Saya beritahu kepada suami, adakah berbaloi saya menolak tawaran pihak lain dan menerima lamaran Loveta? Dia beri ‘green light’.
“Saya tidak menyesal dengan keputusan yang saya ambil dan seronok dapat bekerjasama dengan keluarga Loveta,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024