Hiburan

"Forevermore Ini Saya Bayangkan Sawah Padi" - Yuna

Zulaikha Yusof
08/01/2019
07:52 MYT
Sponsor Banner
"Forevermore Ini Saya Bayangkan Sawah Padi" - Yuna
Penyanyi Yuna mendedahkan dia memilih Kuala Lumpur dan Perlis sebagai destinasi melakukan penggambaran muzik videonya.
Menurut Yuna, muzik video ini adalah untuk single terbarunya yang berjudul 'Forevermore yang bakal dilancarkan pada bulan depan.
"Sekarang ini, saya sudah di peringkat akhir untuk menyiapkan single terbaru yang berjudul Forevermore.
"Pada bulan November lalu, saya telah melakukan penggambaran muzik video di Kuala Lumpur dan Perlis.
"Tidak tahu kenapa untuk Forevermore ini saya membayangkan sawah padi.
"Saya memberitahu suami saya, Adam Sinclair lalu dia memberi pendapat untuk melakukannya di Kuala Lumpur," katanya kepada Gempak.
Yuna ditemui ketika majlis pelancaran rangkaian kasut dan tas tangan, Yuna X Christyng di Bukit Bintang City Centre (BICC).
Tambah Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai berkata ramai yang tertanya kenapa dia memilih negeri Perlis sebagai salah satu tempat untuk muzik videonya.
"Bagi saya negeri Perlis sangat cantik.
"Saya pernah tinggal dan bersekolah di sana selama lima atau enam tahun.
"Saya habiskan tempoh bersekolah peringkat menengah di Perlis.
"Saya boleh katakan itu antara pengalaman terbaik dalam hidup saya,", katanya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024