Laman Utama

#FoodiesLife: Mitos COVID-19 Berleluasa! Hidu Wap Rebusan Bunga Cengkih & Minum Air Kelapa Mampu Jadi Penawar?

Zulaikha Yusof
23/05/2021
08:50 MYT
Sponsor Banner
#FoodiesLife: Mitos COVID-19 Berleluasa! Hidu Wap Rebusan Bunga Cengkih & Minum Air Kelapa Mampu Jadi Penawar?
Pandemik COVID-19 makin mengganas apabila kes harian hampir mencecah 7,000.
Barisan hadapan (frontliners) sudah kepenatan dengan kapasiti penggunaan katil, wad dan unit rawatan rapi (ICU) penuh 100 peratus.
Namun, di saat ini ada lagi yang cuba menyusahkan usaha kerajaan untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan vaksin.
Platform WhatsApp menjadi tempat di mana berita palsu disebarkan yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan menusia.
Di sini, #FoodiesLife senaraikan mitos-mitos mengenai COVID-19 yang disebarkan warganet:
1. Hidu Wap Rebusan Bunga Cengkih
2. Minum Air Kelapa
3. Makan Bawang Putih
4. Air Rebusan Ketum
Tiada bukti saintifik ataupun kajian makmal yang membuktikan air ketum mampu melawan COVID-19. Tiada laporan yang mengatakan ianya mampu menghalang virus malahan pokok ketum mengandungi bahan-bahan psikoatif mitragnine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria yang boleh menyebabkan penagihan.
Jadi, jangan percaya dengan kiriman mesej palsu yang diterima. Jalankan tanggungjawab anda dengan mendaftar sebagai penerima vaksin.
Semestinya kita tidak ingin hidup dengan situasi macam ini selamanya. Sama-sama membantu frontliners kita untuk melandaikan lekuk kes COVID-19. Kita jaga diri dan keluarga kita.
Nota penting: Vaksin mampu menghasilkan sistem immune yang kuat untuk melawan jangkitan penyakit.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024