Hiburan

Fazziq Muqris Kongsi Salah Satu Sebab ‘Challo Run’ Ditubuhkan - “Ada Orang Pandang Benda Ini Macam Kelakar Tapi…”

Asyikin Mayudin
29/10/2024
04:20 MYT
Sponsor Banner
Fazziq Muqris Kongsi Salah Satu Sebab ‘Challo Run’ Ditubuhkan - “Ada Orang Pandang Benda Ini Macam Kelakar Tapi…”
Penyampai radio dan pelakon Fazziq Muqris berkongsi mengenai kelab larian ‘Challo Run’ yang diadakan pada setiap pagi, Ahad bersama rakan-rakan selebriti antaranya Aedy Ashraf, Meerqeen dan ramai lagi.

Progres larian

Mewakili rakan ‘Challo’ yang lain, Fazziq berkata kelab larian itu ditubuhkan selepas melihat progres salah seorang daripada mereka iaitu Nik Rifa’ie.

“Challo Run ini ditubuhkan sebab salah seorang, Nik yang dilihat nampak progres dia, sama seperti saya juga. Dari berat dalam lebih 70 dan sekarang Alhamdulillah dah maintan 60 kilogram.

“Kami konsisten menjadi seorang atlet, atau hybrid athlete. Kadang-kadang ada orang pandang benda ini macam kelakar, tapi kami sudah bekerja keras. Macam Nik, dia buat betul-betul dalam larian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekalkan Fizikal Sihat, Syafiq Kyle Pilih Main Bola Bagi Jaga Stamina

ARTIKEL BERKAITAN: “Balik Rumah Saya Tidur Lena Je”- Fazziq Muqris Tidak Trauma Selepas Terima Panggilan Wanita Menggilai

“Tak pernah putus asa dan hampir lima kilometer setiap hari. Dia juga membuktikan larian sesuatu perkara yang menyeronokkan untuk lakukan.
“Kita pun tahu, lari daripada masalah, stres, putus cinta… tapi dalam masa sama, lama-lama kita berlari sebab sihatkan badan. Aedy pun bagi idea untuk besarkan lagi (Challo Run),” katanya kepada Gempak.

Untuk sertai

Dalam pada itu, Fazziq turut memberitahu semua orang tak kira usia turut boleh menyertai Challo Run dengan hanya mengikuti Instagram mereka untuk mengetahui perkembangan.
“Kami nak besarkan komuniti di mana semua orang boleh masuk, berborak, boleh buat kawan, kenal-kenal. Kalau bola sepak, hanya 11 orang dalam satu pasukan, tapi Challo Run ini semua tentang komuniti.

“Tak kisah umur berapa pun, semua orang boleh sertai. Kalau nak tahu perkembangan terbaharu mengenai Challo Run, boleh tengok Instagram kami,” ujarnya.

Saksikan temu bual penuh bersama ahli Challo Run iaitu Fazziq, Nik Rafe’ie dan Hakimi menerusi GMW: Motif Trending yang dihoskan oleh pengacara Sean Lee pada Isnin di Gempak.com dan Gempak Most Wanted, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Go dan sooka.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar