Laman Utama

Fatin Afeefa Kongsi Video Sweet Anak Dengan Suami Baru, Netizen Komen; “Aku Risau Ada Yang Meroyan Tengok…”

Shahrin Zulkifle
03/01/2023
03:00 MYT
Sponsor Banner
Fatin Afeefa Kongsi Video Sweet Anak Dengan Suami Baru, Netizen Komen; “Aku Risau Ada Yang Meroyan Tengok…”

Umum mengetahui pelakon Fatin Afeefa selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikatakan seorang jutawan dikenali sebagai Aliff Awang dalam sebuah majlis yang cukup mewah pada 30 Disember lalu.

BACA: Majlis Serba Mewah, Fatin Afeefa Selamat Nikahi Jutawan?

Malah sejak bergelar isteri, Fatin dilihat tidak lokek berkongsi beberapa momen indah sewaktu meluangkan masa bersama Aliff di laman sosial miliknya.

Terbaharu perkongsian aktres tersebut mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik video di laman TikTok memperlihatkan kemesraan anak perempuanya, Ivy Herra Sophia bersama Aliff.

Menerusi video berkenaan, Ivy dilihat memegang tangan Aliff sambil bermain dengan cincin dipakai bapa tirinya itu selain berpegangan tangan di antara mereka berdua ketika sedang berjalan.

“Tak bagi chance betul budak kecik (Ivy) ini,” seloroh Fatin dalam tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa gembira melihat keakraban yang dipamerkan Ivy dan Aliff selain mendoakan keluarga tersebut bahagia.

Pun begitu, ada juga komen berbunyi seakan ‘perlian’ yang ditinggalkan segelintir netizen untuk ditujukan kepada seseorang. Kata mereka, ada pihak yang akan ‘koyak’ apabila melihat video tersebut.

“Aku risau ada yang koyak kejap lagi nanti.

“Aku risau ada yang meroyan nanti.

“Koyak rabak ‘jiran’ sebelah. Apa pun tahnia Fatin dan Aliff,” antara komen netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024