Laman Utama

Fasha Sandha Retak Tulang Sebelah Mata Kiri, Terhentak Bucu Katil Ketika Shooting Drama

Amri Hassan
02/03/2023
02:00 MYT
Sponsor Banner
Fasha Sandha Retak Tulang Sebelah Mata Kiri, Terhentak Bucu Katil Ketika Shooting Drama
Pelakon Fasha Sandha kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital pakar di Johor Bahru selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika penggambaran sebuah set drama pada petang Rabu.
Khabar duka itu dikongsikan pembantunya menerusi hantaran di Instagram Fasha pada Khamis.
"Dari semalam telefon kakak tidak berhenti berdering. Di sini saya ingin membuat sedikit update tentang kakak. Maaf kakak sedang rehat secukupnya.
"Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set pengambaran Anak tuan TV3 pada 1 Mac (pagi semalam).
"Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di hospital pakar di Johor Bahru. Insyaallah akan berpindah ke hospital pakar KL petang ni atau esok pagi.
"Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak," tulis hantaran berkenaan.
Dalam sepotong video yang dikongsikan ketika kejadian berlaku, Fasha seolah-olah gagal mengawal pergerakan ketika babak tegang bersama seorang pelakon lelaki yang sedang menarik rambut dan menghempasnya ke lantai sebuah rumah kayu.
Fasha yang berbaju kurung dan berseluar trak malangnya terjatuh dan menangis teresak-esak sejurus selepas kejadian.
Bagaimanapun, kata Fasha dia enggan menyalahkan mana-mana pihak susulan insiden berkenaan yang disifatkannya di luar jangka.
"Seperti yang ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Saya yakin kakak kuat.
"Pihak produksi telah memohon maaf pada kakak dan keluarganya. Kata kakak, tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita.
"Insya-Allah saya akan update lagi perkembangan dari semasa ke semasa. Terima kasih," maklumnya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024