Laman Utama

Fasha Sandha Menangis Serba Salah Nak Makan Biskut Cicah Milo - "Penerbit Pernah Tegur Saya 'Chubby', Kena Turunkan Berat Badan Tinggal 60kg"

Amri Hassan
23/07/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
Fasha Sandha Menangis Serba Salah Nak Makan Biskut Cicah Milo - "Penerbit Pernah Tegur Saya 'Chubby', Kena Turunkan Berat Badan Tinggal 60kg"
Pelakon jelita Fasha Sandha mendedahkan dirinya pernah ditegur mengenai saiz badannya oleh penerbit sebuah drama televisyen hingga membuatkannya menanam azam berdiet dan bersenam untuk mendapatkan tubuh badan ideal.
BACA: [VIDEO] Dikatakan Terlalu Kurus Sehingga Nampak Seperti Sakit, Ini Respons Fasha Sandha - “Tak Sakit Pun Tapi Hati Agak…”
BACA: Akhirnya Netizen Tuduh Fasha Sandha Buat Pembedahan Bariatrik Untuk Kurus Minta Maaf - “Jangan Sedap-Sedap Mengata”
Jelas Fasha, 39, penerbit terbabit meletakkan syarat kepadanya untuk mendapatkan berat badan 60 kilogram seandainya ingin terus berlakon dalam musim kedua drama berkenaan.
"Masa itu orang tengah ramai, dia tanya saya 'eh you tahu ker you besar?'. Kemudian saya jawab ya memang saya tahu saya besar.
"Dia kata kalau mahu teruskan musim kedua saya mesti kurus, tak boleh chubby, dia mahu masukkan dalam kontrak mesti berat badan 60 kilogram ke bawah.
"Tak pernah ada produser yang cakap pada saya begitu, sebab selama ini gemuk macam mana pun tetap ada produksi panggil berlakon.
"Saya rasa bodyshaming tapi itu yang memberikan semangat kepada saya, walaupun rasa down. Tapi bermula daripada situlah saya perlu kurus dan sampailah sekarang mereka gembira lihat perubahan saya. Lega...
"Walaupun bodyshaming, saya menukarkan perasaan itu kepada hal yang memberikan semangat untuk kita lebih baik dan ambil positif. Bagi saya orang boleh berikan apa sahaja pendapat tapi kita yang tahu apa kita buat," katanya kepada Gempak.
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba bersama Fasha Sandha anjuran Inayah Beauty di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dedah Fasha melanjutkan bicara, gara-gara 'bodyshaming' itu, dia pernah menangis disebabkan rasa bersalah untuk menjamah hidangan kegemarannya.
"Saya struggle nak kurus, kegemaran saya biskut kering cicah milo. Ketika di dapur saya menangis teresak-esak, suami datang tanya kenapa.
"Rupa-rupanya saya tak boleh makan sebab dah lebih kandungan kalori. Cumanya ketika itu suami pujuk saya jamah juga sedikit... Itulah antara kenangan nak kuruskan berat badan," ceritanya.
Selain amalan diet, Fasha akui bersenam dan pengambilan makanan tambahan juga membantu untuk hilang sekurang-kurangnya 18 kilogram dalam tempoh 8 bulan.
Maklum Fasha, selain pengambilan protein yang seimbang, dia juga mengamalkan supplemen Berryfull untuk membantu sistem pencernaan dan menurunkan berat badan.
"Apabila dilamar menjadi duta sesebuah produk, mestilah saya nak cuba dulu kan, sebab peminat akan percaya setiap tips atau perkongsian kesihatan kita. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan menggunakan Berryfull, saya dapat lihat perubahan diri saya.
"Dan sekarang, saya sudah berjaya menurunkan 18 kilogram. Bila perubahan diri saya sangat ketara, saya pun makin semangat nak kongsi kepada orang ramai bahawa Berryfull sememangnya menjadi!" kata Fasha yang turut dilantik sebagai duta produk berkenaan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi, secara tidak langsung, kutipan jualan kasar Berryfull hampir mencecah RM20 juta dalam tempoh tidak sampai setahun Fasha menjadi duta.
“Apabila melihat pembelian sehingga lebih 400,000 jar dalam tempoh tidak sampai setahun pun Fasha menjadi duta kami, saya sendiri terkejut.
“Dan semua ini bermula apabila kami melamar Fasha untuk menjadi duta Berryfull pada Ogos 2022, dan selepas dia sendiri cuba produk kami dan dapat melihat perubahan berat dan saiz badan yang ketara, dia terus setuju dan kami menandatangani perjanjian pada Disember 2022.
“Kemudian, perubahan bentuk badan Fasha yang lebih langsing buatkan jualan Berryfull terus mencanak naik,” katanya.
Sementara itu, Inayah Beauty membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai cabaran kurus 1kg dapat RM1000 dan tempoh cabaran itu bermula 22 Julai sehingga 5 Ogos depan.
Mengenai syarikat, Inayah Beauty Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menghasilkan produk makanan tambahan iaitu Berryfull, Gattox dan Break Oat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar