Hiburan

Eric Mun dan Na Hye Mi Akhirnya Mengaku Bercinta

Rozaimi Zubaidi
24/02/2017
03:42 MYT
Sponsor Banner
Eric Mun dan Na Hye Mi Akhirnya Mengaku Bercinta
Gosip mengenai hubungan di antara dua bintang popular Korea, Eric Mun (Shinhwa) dan Na Hye Mi akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengaku sedang bercinta.
Soompi melaporkan syarikat pengurusan Eric dalam satu kenyataan turut mengesahkan pasangan itu sudah menjalinkan hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu.
"Dia memang sedang menjalin hubungan dengan Na Hye Mi dan perkara itu disahkan oleh Eric.
"Mereka juga sering keluar bersama-sama sejak beberapa bulan lalu," kata wakil agensi itu.
Bagaimanapun, ada juga sumber memberitahu bahawa pasangan ini dalam proses merancang untuk berkahwin namun pihak agensi pelakon dan penyanyi itu tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.
Terdahulu, pada tahun 2014, sebuah media Korea melaporkan bahawa pasangan ini telah menjalinkan hubungan cinta namun ketika itu tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mereka.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024