Laman Utama

“Epidural Tu Pun Sejenis Drugs..”- Mahu Bersalin Secara Natural, Raja Ilya Pilih Water Birth

Syafiqah Jalal
18/05/2022
07:45 MYT
Sponsor Banner
“Epidural Tu Pun Sejenis Drugs..”- Mahu Bersalin Secara Natural, Raja Ilya Pilih Water Birth
Pelakon Raja Ilya memberi kesedaran tentang bersalin secara semula jadi di rumah atau di dalam air kepada pengikut laman sosialnya selepas didakwa sengaja mahu mengikut budaya barat.
Menurut Raja Ilya amalan bersalin secara natural itu telah dilakukan sejak dahulu lagi dengan hanya bantuan seorang bidan tanpa ke hospital.
Rupanya ramai tak tahu tentang kaedah water birth , mereka ingatkan water birth ni sebab bunyi English so ini cara Mat Salleh..Aiyoo tak cik Abang dan Akak oi.
“Disebab kan kita ni dah di manjakan sangat dengan technologi , sebab tu kita tak tau wujudnya semua ni .. bukan saja water birth, even home birth ..
“Zaman-zaman dulu mana ada hospital sebelah rumah , epidural laa apa la.. kau salin mana kau sempat, orang kat pedalaman semua mana ada facility semua tu .
“Now semua nak admit masuk Hospital swasta untuk beranak lagi ada laa..,” jelasnya.
Ilya yang kini menetap di Australia bersama suami, Trent Garrett berkongsi pandangannya itu di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, Ilya memberitahu ia adalah pilihan masing-masing dan dia bakal memilih untuk melahirkan cahaya pertamanya menerusi kaedah bersalin dalam air atau water birth.
“End of the day , it’s a choice ( Tak ada orang paksa , hidup masing-masing pilihan masing2 )
“Bagi Ilya Selagi kita mampu dan Boleh buat secara natural kita buat , epidural tu pun sejenis drugs juga and kalau salah cucuk mampus lumpuh seumur hidup .. it’s not that straight forward..
“Family adik ipar Ilya semuanya home birth pakai bidan , padahal dorang Mat saleh kot .. sebab tu bila baca komen macam orang tak bertamadun , tak habis sekolah rasa nak share pasal ni,” terangnya.
Ilya juga dalam masa yang sama turut berkongsi kelebihan melahirkan anak secara dalam air atau water birth.
Difahamkan Ilya yang baru sahaja mengadakan acara baby shower dengan memakai sari menampakkan perutnya itu bakal melahirkan anak sulung pada Julai ini.
Raja Ilya dan suami, Trent Garrett berkahwin pada 23 Disember 2018.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024