Laman Utama

Emma Mastermind Baju Sedondon Keluarga - Chacha Maembong

Izwan Isa
04/05/2022
04:50 MYT
Sponsor Banner
Emma Mastermind Baju Sedondon Keluarga - Chacha Maembong
Pelakon Chacha Maembong mendedahkan yang kakaknya, Emma Maembong merupakan mastermind atau dalang terhadap pakaian sedondon yang digayakan mereka satu keluarga pada hari raya.
Menurut Chacha, kakaknya juga yang akan menentukan jenis pakaian dan juga warna yang akan dipakai untuk setiap ahli keluarga.
"Setiap tahun, Emma akan jadi bos atau ketua untuk tentukan baju apa yang kami pakai dan warna apa yang bakal menjadi pilihan. Kami adik beradik, dan yang lebih tua daripada Emma turut terpaksa ikut arahan.
“Kalau perempuan, bila Emma dah tentukan warna, semua kena terima, termasuk yang lelaki. Kalau warna pink, reda sahajalah,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Chacha memberitahu yang, hal ini sudah dianggap biasa dalam kalangan adik beradik memandangkan ia memudahkan kerja pemilihan baju masing-masing.
"Satu hal, kami jadi tak pening kepala. Kalau nak tahu, ada satu ketika, dia siap hantar baju kepada kami,” katanya lagi.
Ditanya mengenai sambutan hari raya ketika negara sedang beralih ke transisi endemik, Chaha memberitahu yang dia masih teruja untuk menyambut lebaran tahun ini.
"Dulu raya secara virtual, sampaikan kami tak dapat berjumpa dan terpaksa edit gambar berkumpulan.
“Jadi, apabila sudah dibenarkan beraya, saya jadi teruja. Tambahan pula, aktiviti lakonan juga sudah boleh dijalankan dan rezeki semakin murah,” tutupnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024