Hiburan

Emma Maembong & Suami Positif Covid-19, Baby Shariq Negatif

Zulaikha Yusof
14/01/2021
15:55 MYT
Sponsor Banner
Emma Maembong & Suami Positif Covid-19, Baby Shariq Negatif
Pelakon Emma Maembong, 29, memaklumkan khabar tidak baik apabila dirinya disahkan positif Covid-19.
Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, dia tidak mempunyai sebarang simptom sehinggalah mengetahui selepas melakukan ujian calitan (swab test).
“Buat ujian calitan di rumah sendiri bersama @kumpulan_megaklinik_zahran.
“Sangat bagus dan profesional. Mereka boleh datang ke rumah dan lakukan. Saya tiada apa-apa simptom tapi keputusan ujian calitan positif.
“Jadi, walaupun rasa sihat, buat sahaja ujian calitan sebab kita tidak tahu ada atau tidak virus tersebut dalam diri kita. Jaga diri dan patuh SOP,” tulisnya di Instagram (IG), sebentar tadi.
Turut sama positif virus merbahaya itu adalah suaminya, Shazli Azhar yang berkongsi menerusi sebuah entri di IGnya.
Walaubagaimanapun, anak lelaki mereka, Shariq Gabriel disahkan negatif virus tersebut selepas sama-sama membuat ujian calitan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut mendoakan kesejahteraan untuk keluarga kecil ini.
"@mawarashid: Cepat sembuh Ma.
"@nadyasyahera: Jaga diri Emma. Semoga dipermudahkan urusan mu dan keluarga.
"@adelinetsen: Kuat babe. Makan vitamin C banyak-banyak. Semoga cepat sembuh," antara komen-komen ditinggalkan.
Terdahulu, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang dilahirkan pada 8 November lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024