Laman Utama

Emma Maembong & Baby Shariq Alami Masalah Kulit Kering - "Kuasa Allah 'Connection' Mak & Anak Kuat ..."

Zulaikha Yusof
21/01/2021
06:15 MYT
Sponsor Banner
Emma Maembong & Baby Shariq Alami Masalah Kulit Kering - "Kuasa Allah 'Connection' Mak & Anak Kuat ..."
Pelakon Emma Maembong, 29, meluahkan kebimbangan selepas kulit badannya berubah menjadi kering sehingga berasa pedih.
Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, dia tidak pasti sama ada ia salah satu simptom virus Covid-19 atau tidak.
Susulan itu, Emma membuat keputusan untuk berjumpa dengan pakar kulit bagi mendapatkan rawatan.
"Saya tak pasti adakah ini salah satu simptom atau tidak. Tapi sejak Emma kena Covod-19 kulit saya makin kering teruk dan pedih.
"Satu badan jadi teruk. Perlu pergi periksa dengan pakar kulit. Atau mungkin terlalu banyak vitamin?" tulisnya di Instagram Stories, semalam.
Dalam masa sama, pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan mendedahkan anak lelakinya, Shariq Gabriel juga mengalami masalah kulit.
"Kakak saya @coddy_maembong kongsi video ini. Bagi tahu bayi saya pun kulit teruk tiba-tiba. Dan kakak saya kata, kuasa Allah connection mak dan anak kuat.
"Kalau awak sedih kat sana, dia kat sini nangis. You guys are connected," tulisnya lagi.
Difahamkan, Shariq dijaga oleh kakak Emma sehingga tempoh kuarantin kendiri tamat.
Pada Khamis lalu, Emma memaklumkan dirinya dan suami, Muhamad Shazli Azhar dijangkiti Covid-19.
BACA: Emma Maembong & Suami Positif Covid-19, Baby Shariq Negatif
Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang dilahirkan pada 8 November lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024