Laman Utama

Elly Mazlein Teruja Beraya Di Kelantan, Masak Rendang ‘Special’ - “Tahun Lepas Raya Mengejut, Saya Tak Sempat Nak…”

Asyikin Mayudin
21/04/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
Elly Mazlein Teruja Beraya Di Kelantan, Masak Rendang ‘Special’ - “Tahun Lepas Raya Mengejut, Saya Tak Sempat Nak…”
mentuanya yang terletak di Kelantan.
Menurut Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom, dia akan berada di Kelantan sehingga raya kelima dan kemudian baru akan pulang ke kampung halamannya di Perak.
“Tahun ini, saya dan keluarga akan balik kampung belah suami di Kelantan. Ikutkan memang setiap tahun kami akan beraya di sana dulu. Sebabkan ada anak kecil, jadi kami balik naik kapal terbang.
“Insya-Allah kami akan beraya dekat sehingga raya kelima. Lepas itu, balik ke Kuala Lumpur untuk sambung perjalanan pulang ke kampung di Perak pula,” katanya kepada Gempak.
Kongsi Elly lagi, dia seronok dapat meraikan Aidilfitri dengan suasana kampung dan tak sabar untuk masak rendang istimewaanya sebagai juadah raya.
“Beraya di kampung ini seronok sebab suasana dia. Lepas itu ada rewang masak beramai-ramai lagi. Tahun lepas sebab raya mengejut, saya tak sempat masak… keluarga yang masak.
“Jadi, tahun ini saya memang rancang balik awal ke kampung. Insya-Allah saya akan masak rendang Kak Lina yang istimewa,” ujarnya.
Untuk rekod, Elly mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Haider Mateen yang lahir pada Oktober 2021.
Hasil perkahwinan terdahulu, Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia enam tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024